P65 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN)
/*Free */
MINYAK & GAS

P65 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA3753

KKTM TERLIBAT

Kemaman

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

         LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk meliputi aspek aplikasi, pengujian dan pengurusan sesuatu peralatan. Selain itu para pelajar turut didedah dengan aspek penyeliaan, kawalan dan penilaian  prestasi sesuatu peralatan di dalam industri minyak dan gas. Konsep dan pelaksanaan program ini adalah meliputi pelbagai industri kejuruteraan seperti minyak & gas, kimia, elektrik & elektronik, mekanikal dan persekitaran. Kekuatan program ini adalah para pelajar akan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi di dalam kawalan proses, distributed control system (DCS), dan field bus technology yang meluas digunakan dalam industri minyak dan gas. Para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dokumen instrumentasi dan kawalan. Para pelajar yang tamat di dalam program ini bukan sahaja boleh bekerja di dalam bidang minyak dan gas tetapi berpeluang untuk bekerja di dalam bidang-bidang yang lain. Program ini mempunyai matlamat untuk menyediakan suatu program yang komprehensif dan diiktiraf oleh antarabangsa di samping melahirkan pekerja  mempunyai ciri kemahiran kepimpinan , berpengetahuan dan kompetan di dalam industri instrumentasi, kejuruteraan kawalan minyak  dan gas.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Workshop Technology, Electrical And Electronics Fundamental, Engineering Materials, Chemistry Engineering Drawing And CAD, Fundamental Of Plant Layout, Occupational Safety And Health, Project Management

Tahun 2: Electrical Installation (Instrument), Fluid Mechanics, Petroleum Exploration And Production, Plant 3D Modelling, Plant Field Instrumentation, Control And Final Element System Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Programming And Interfacing, Instrument Installation And Commissioning, Fire And Gas Detection System, Final Year Project 1

Tahun 3: Final Year Project 2, Process Control Computer System, Instrument Engineering Drawing, Plant Operation And Maintenance, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Jurutera Instrumentasi dan Kawalan/Juruteknik dalam industri minyak dan gas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search