TEMPOH PENGAJIAN
36 bulan (sepenuh masa)
AKREDITASI
MQA/FA5410
KKTM TERLIBAT
Lenggong
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:
LULUSAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS SPM bagi mata pelajaran berikut:
LULUSAN IKM/ILKA/ILKS
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.
ATAU
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
SINOPSIS PROGRAM
Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang penyelenggaraan loji dengan pendedahan kepada pengetahuan prinsip-prinsip kejuruteraan serta memberi penekanan terhadap praktikal sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang kritikal seperti pengetahuan penyelenggaraan. Pelajar akan berpeluang menimba pengetahuan dan latihan yang praktikal, sesuai dengan kehendak dan keperluan pekerjaan semasa. Proses pembelajaran juga meliputi pemahaman terhadap elemen-elemen pemprosesan herba, keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) di samping penyelenggaraan peralatan yang dapat memenuhi keperluan individu, persekitaran dan industri, selain menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah.
PROSPEK KERJAYA
Penolong Jurutera, Juruteknik Penyelenggaraan Loji Pemprosesan, Juruteknik Fasiliti Kilang GMP, HACCP Penjaga Dandang (Boilerman), Usahawan Teknopreuner.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:
- Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Manufacturing Systems, UniKL
- Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Machine Tools Manufacturing, UniKL
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my