TEMPOH PENGAJIAN :
24 Bulan (sepenuh masa)
IKM TERLIBAT :
Seberang Perai Utara
SYARAT KELAYAKAN :
A. LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM/SWASTA (ILKA/ILKS)/INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM/SWASTA(IPTA/IPTS)
LULUS Sijil dalam bidang berkaitan dari IKM/GIATMARA/ILP/IKBN/Politeknik/Kolej Vokasional/Kolej Komuniti atau mana-mana
ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS.
DAN
Memiliki Sijil Pendawai PW4.
DAN
LULUS ujian kecenderungan (Phsycometric Test) dan temuduga.
DAN
Tidak mendaftarkan Sijil Kompetensi PW4 dengan mana-mana syarikat.
DAN
Tidak Rabun Warna.
SINOPSIS PROGRAM :
Program ini menawarkan pembelajaran & latihan berasaskan teori dan teknikal merangkumi aspek perniagaan dan projek. Pelajar akan didedahkan
dengan kaedah dan cara untuk mendaftar syarikat dan menjadi kontraktorelektrik yang memiliki lesen kontraktor kelas G1 CIDB dan kontraktor
kelas C/D Suruhanjaya Tenaga. Selepas tamat pengajian, peserta dapat memiliki premis perniagaan sendiri diluar. Pembelajaran adalah
berbentuk praktikal perniagaan di mana aspek keusahawanan (pemasaran, pentadbiran dan kewangan) lebih diberikan penekanan di samping
pengurusan projek. Peserta perlu mencapai sasaran jualan yang ditetapkan di samping memilikilesen kontraktor sepanjang tempoh pengajian.
Melalui program ini juga, pelajar akan diberikan peluang latihan perniagaan dan teknikal bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan teknikal
dalam perniagaan. Program ni juga merupakan kerjasama antara pihak MARA dengan syarikat kontraktor elektrik yang dilantik
sebagai mentor bagi peserta Diploma Teknousahawan Elektrik. Program ini juga akan membantu peserta Diploma Elektrik selepas tamat graduasi
bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan MARA.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my