Q41 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN POLIMER KOMPOSIT
/*Free */
PEMPROSESAN BAHAN

Q41 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN POLIMER KOMPOSIT

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA0642

KKTM TERLIBAT

Masjid Tanah

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))

SINOPSIS PROGRAM

Program selama 3 tahun ini disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan polimer komposit.Program berorientasikan kemahiran ini dijangka akan menyediakan graduan berkebolehan dan profesional yang dapat menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan komposit polimer. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah merangkumi konsep bahan dan komposit polimer, teknologi pemprosesan dan pengeluaran, rekabentuk bahan dan produk, rekabentuk dan fabrikasi acuan, fabrikasi dan pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih komponen, serta pengujian dan analisa bahan dan produk. Program ini dijalankan dengan usahasama Advanced Material Research Centre(AMREC), SIRIM Berhad dan German Malaysia Institute(GMI).

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Introduction to Engineering Materials, Fibre Reinforced Composites, Engineering Drawing & CAD, Engineering Science, Introduction to Electrical Technology,  Engineering Mathematics I, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Basic English for Communications 1, Wet and Dry Layup Process, Co-curriculum 1, Matrix and Reinforcing Fibres, Basic Workshop Practices, Occupational Safety & Health, Engineering Metrology, Engineering Mathematics 2, Intermediate English for Communication, Co-curriculum 2 

Tahun 2: Resin Transfer Molding (RTM) and Pultrusion, Mechanics Solid, Introduction to Electrical Technology, Introduction to Product Design and Pattern Fabrication, Filament Winding and Press Moulding Process, Basic Mechanics of Laminated Composites, Testing and Inspection of Composite, Engineering Mathematics 3, Masalah dan Isu Moral, Composites Tooling Design and Fabrication, Composites Project, Project Proposal, Pengajian Malaysia, Start-Up Enterprise

Tahun 3: Composites Repair Techniques, Final Year Project, Operation Management, Manufacturing Process, Pneumatic and Hydralic, Digital Enterprise, Industrial Training 

PROSPEK KERJAYA

Ahli Teknologi Polimer Komposit, Juruteknik, Penyelia, Usahawan

PROSPEK MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) Polimer (UniKL MICET)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Polimer (UNIMAP)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Polimer (USM)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Bahan (USM)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search