M63 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)
/*Free */
MEKANIKAL PEMBUATAN

M63 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh masa)

AKREDITASI

MQA/FA7921

KKTM TERLIBAT

Balik Pulau

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain

        DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara DAN Lulus SPM sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

SINOPSIS PROGRAM

Tools and dies merupakan bahagian peralatan yang utama dalam sektor pembuatan. Program ini tertumpu kepada rekabentuk, pembuatan dan penyelenggaraan dalam acuan tekan di samping penekanan disiplin terhadap penggunaan mesin penekan, mesin CNC berteknologi tinggi, kerja logam dan AutoCAD. Industri pembuatan memerlukan pekerja mahir yang terlatih untuk memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan pengeluaran peralatan automatik termaju bagi memenuhi kehendak pasaran. Program ini bertujuan bagi membangunkan pelajar untuk menjadi antara individu utama dalam perniagaan kerja logam, mempunyai versatiliti dalam memanipulasi kemahiran mereka dalam penghasilan barangan-barangan jentera dan mesin yang lebih jitu serta mampu untuk merekabentuk peralatan yang terbaik.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Engineering Drawing, Workshop Practices, Engineering Metrology, Conventional Turning, Engineering Science,  Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-curriculum 1, Introduction to Mould, Mould Design 1, Computer Aided Design, Conventional Milling, CNC Turning Technology, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2

Tahun 2: Mould Design 2, Mould Analysis (CAE), CNC Milling Technology, Grinding Practices, Occupational Safety and Health Act, Engineering Materials, Manufacturing Processes, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Project Proposal, Mould Manufacturing, Advanced Mould Manufacturing, CAD CAM Technology, EDM Practices, Static and Dynamics, Start-Up Enterprise

Tahun 3: Final Year Project, Injection Moulding Machine, Electrical and Sensor Fundamental, Quality Management, Pneumatic and Hydraulic, Digital Enterprise, Industrial Training 

PROSPEK KERJAYA

Pembantu jurutera alatan, pembantu jurutera rekabentuk acuan, pembantu jurutera rekabentuk mould, pengaturcara CNC, penolong jurutera penyelidikan & pembangunan (R&D), mekanik, perancang pengeluaran, eksekutif jaminan kualiti, perekabentuk alatan, pereka produk, eksekutif jualan, penyelidikan dan pembangunan perseorangan, usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  •  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan) (UniMAP)
  •  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (UKM)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search