C47 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN  (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN)
/*Free */
AWAM

C47 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA8765

 

KKTM TERLIBAT :

Sri Gading

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN

    LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50

    ATAU

    Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan

    sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

    LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah

    (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

 

 PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Building Information Modelling’. Ia merupakan satu inisiatif dalam menyediakakan graduan yang berkualiti dan bersedia memenuhi keperluan industri dari aspek teknikal, sahsiah dan profesionalisme. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi pembinaan, teknologi hijau dan alam sekitar, serta latihan praktikal mengenai perisian BIM. Graduan daripada program ini bakal bergelar ‘BIM Modeller’ yang mampu membangunkan dan melaksanakan analisis ke atas model mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh industri, serta mengemaskini ‘Family’ dan model mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Graduan juga mampu menyediakan persembahan model tiga dimensi (3D) kepada pelanggan semasa proses mendapatkan kelulusan rekabentuk konsep dan menjana kuantiti daripada model yang disediakan oleh setiap disiplin

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Tahun 1: Construction Drawing, Construction Technology, Introduction to Mechanical and Electrical Technology, Construction

                  Safety and Health, Technical Science, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Teori Etika dan Amalan

                  Moral, Perspektif Islam, Co-curriculum 1, Industrialized Construction Technology, Introduction to Building Information

                  Modeling, Construction Materials, Engineering Science, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2,

                  Masalah dan Isu Moral, Islam Kontemporari, Co-curriculum 2

Tahun 2: Building Information Modelling Development, BIM Authoring Tool Studio 1, Structural Concrete Design Technology,

                  Construction Survey, Engineering Mathematics 3, Pengajian Malaysia, Construction Detailing 1, BIM Authoring Tool Studio 2,

                  Project Proposal, Green and Energy Efficient Buildings, Environmental Technology, Start-up Enterprise

Tahun 3: Construction Detailing 2, Project Integration, Final Year Project, Building Quantities and Estimating, Project Management,

                  Digital Enterprise, Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

BIM Modeller, Penolong Jurutera, Perunding Pasukan Reka Bentuk (Arkitek, Stuktur, dan M&E), Perunding BIM, Penyelaras Projek, Penyelia Projek, Kontraktor, Pemaju atau Usahawan dalam Industri Pembinaan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan & Penyenggaraan) dengan Kepujian (UTHM)
  • Bachelor of Vocational Education (Building and Constructions) with Honours (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Awam Persekitaran (UMP)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) (UNITEN)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (IUKL)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (IUKL)
  • Bachelor of Technology (Hons) In Water & Wastewater (BTWW) (IUKL)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Naval Architecture & Shipping (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Facilities Maintenance Engineering (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology Air Conditioning (UniKL MFI)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan) (UniMAP)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search