C48 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (BANGUNAN HIJAU)
/*Free */
AWAM

C48 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (BANGUNAN HIJAU)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA8764

 

KKTM TERLIBAT :

Sri Gading

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN

    LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50

    ATAU

    Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan

    sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

    LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah

    (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

 

 PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Green and Energy Efficient Buildings’. Ia merupakan satu inisiatif bagi merapatkan jurang antara keperluan industri dan kebolehpasaran graduan berkualiti tinggi dengan kemahiran yang mengagumkan yang mampu menjadi perantis dalam merevolusikan industri pembinaan di Malaysia. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi bangunaan cekap tenaga, teknologi pembinaaan industri, dan simulasi bangunan cekap tenaga. Selain itu pelajar turut didedahkan dengan situasi semasa yang berlaku dalam industri pembinaan.  Graduan daripada program ini seharusnya mampu berfikir secara kreatif, inovatif, serta berdaya saing dalam mengenalpasti suatu teknologi bagi merealisasikan objektif teknologi hijau dan cekap tenaga, khususnya bagi industri pembinaan dari pelbagai perspektif seperti keberkesanan kos, kecekapan ekosistem dan juga pengurusan bahan buangan bagi memelihara alam semulajadi terpelihara untuk generasi akan datang

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Tahun 1: Construction Drawing, Construction Technology, Introduction to Mechanical and Electrical Technology, Construction

                  Safety and Health, Technical Science, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Teori Etika & Amalan Moral,

                  Perspektif Islam, Co-curriculum 1, Industrialized Construction Technology, Introduction to Building Information Modeling,

                  Green and Energy Efficient Buildings, Engineering Science, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2,

                  Masalah dan Isu Moral, Islam Kontemporari, Co-curriculum 2

Tahun 2: Passive Design Concept, Building Energy Analysis 1, Structural Concrete Design Technology, Construction Survey,

                  Engineering Mathematics 3, Pengajian Malaysia, Green Building Rating Tools And Standards, Building Energy Analysis 2,

                  Project Proposal, Innovative Building Construction, Environmental Technology, Start-up Enterprise

Tahun 3: Smart Home System, Renewable Energy, Final Year Project, Building Quantities and Estimating, Project Management,

                  Digital Enterprise, Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Penolong Jurutera, Pembantu Teknik Teknologi Mampan, Pembantu Teknik Teknologi Binaan Cekap Tenaga, Penyelaras Projek, Penyelia Projek, Fasilitator Teknologi Mampan dan cekap tenaga (GBI/LEED/MyCREST), Inspektor bagi projek pembinaan, Kontraktor, Perunding M&E dan Arkitek (sub-sektor), Pemaju atau Usahawan dalam Industri Pembinaan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan & Penyenggaraan) dengan Kepujian (UTHM)
  • Bachelor of Vocational Education (Building and Constructions) with Honours (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Awam Persekitaran (UMP)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) (UNITEN)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (IUKL)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian (IUKL)
  • Bachelor of Technology (Hons) In Water & Wastewater (BTWW) (IUKL)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Naval Architecture & Shipping (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Facilities Maintenance Engineering (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology Air Conditioning (UniKL MFI)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan) (UniMAP)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search