E61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)
/*Free */
ELEKTRIK

E61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa) 

 

AKREDITASI :

MQA/FA5104

 

KKTM TERLIBAT :

Pasir Mas, IKM Seberang Perai Utara

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

    DAN 

    Tidak Rabun Warna

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran  

    DAN 

    Tidak Rabun Warna

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul 

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN

     LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)   

    LULUS Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

    ATAU

    Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan

    sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

     DAN

    Tidak Rabun Warna

 

LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dan dengan kelayakan minima

    tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan

    DAN

    Tidak Rabun Warna

 

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)] dan dengan kelayakan minima

    tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan

    DAN

    Tidak Rabun Warna

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik(Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi lukisan kejuruteraan elektrik secara manual dan berkomputer(AutoCAD), kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas. 

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Tahun 1: Electrical Industrial Installation, Electric Circuit Theory 1, Engineering Drawing, Engineering Science, Engineering

                 Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-curriculum 1, 

                  Electrical Machine, Electric Circuit Theory 2, Pengajian Malaysia, Electrical Motor Control, Electricity Supply Act and

                  Regulations, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2, Islam Kontemperari, Masalah dan

                  Isu Moral, Co-curriculum 2  

Tahun 2: Industrial Training 1, Analogue Electronics Fundamental, Industrial Automation, Underground Cable Practices, 

                  Low Voltage Distribution, Areal Line Practices, Islam Kontemporari, Masalah dah Isu Moral, 

                  Underground Cable Practices, Engineering Mathematics 3, Areal Line Practices, Start-up Enterprise

Tahun 3: Industrial Training 2, Final Year Project, Electrical Maintenance, Energy Efficiency, Power Electronics and Drive, 

                  Project Management, Digital Enterprise 

 

PROSPEK KERJAYA :

Penolong Jurutera, Penjaga Jentera, Kontraktor, Penolong Teknikal, Juruteknik dan Penyelia, Usahawan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) Dengan Kepujian (UTHM)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) (Elektrik) (UniKL BMI)
  • Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic) (University of South Australia)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search