C61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN
/*Free */
AWAM

C61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA5102

KKTM TERLIBAT

Pasir Mas

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

        DAN

        Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA ≥ 2.50 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Bangunan. Pelajar berpeluang melakukan latihan amali dalam bidang binaan bangunan secara individu atau berkumpulan dengan bimbingan pengajar yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang bangunan. Pembelajaran dan latihan amali meliputi kerja-kerja konkrit, bata, acuan, tetulang, kekemasan, pembinaan sistem perparitan, kerja-kerja ukur dan ujian bahan binaan disamping teori yang berkaitan. Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk bekerja dalam bidang rekabentuk bangunan dan pembinaan. Selain daripada itu, pelajar turut didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Building Construction Practice 1, Building Construction 1, Construction Materials, Engineering Science, Engineering Drawing, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-curriculum 1, Building Construction Practice 2, Building Construction 2, Computer Aided Drafting, Building Engineering Drawing, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2

Tahun 2: Building Construction Practice 3, Building Construction 3, Structure 1, Builders Quantities and Estimating 1, Building Services Engineering, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Soil Mechanics, Site Management, Structure 2, Builders Quantities and Estimating 2, Construction Survey 1, Project Proposal, Start-Up Enterprise 1

Tahun 3: Geotechnique, Building Law & Contract Administration, Structure 3, Construction Safety & Health, Construction Survey 2, Final Year Project, Digital Enterprise, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Kontraktor, Pembantu Jurutera, Pembantu Teknikal Penyelia Tapak, Juruukur Bahan, Pelukis Pelan, Juruteknik, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Kejuruteraan Bangunan(UniMAP)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Kejuruteraan Awam(Monash University)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search