TEMPOH PENGAJIAN
36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Jasin, Melaka
SYARAT KELAYAKAN
A. SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mana – mana mata pelajaran
DAN
LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik
B. LULUSAN STPM
LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana -mana satu (1) mata pelajaran
C. LULUSAN STAM
LULUS STAM pangkat maqbul
D. SYARAT KEMASUKAN LAIN
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.
ATAU
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
ATAU
LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
ATAU
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))
SINOPSIS PROGRAM
Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi Automotif Jentera Berat yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem Automotif Jentera Berat. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem Jentera Berat. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan sepanjang tempoh pengajian. Pelajar akan diterapkan dengan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
KANDUNGAN SILIBUS
Semester 1: Petrol Engine, Workshop Fundamental, Automotive Electrical and Electronic 1, Mathematics, English for Communication, Penghayatan Akidah, Teori Etika Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1
Semester 2: Power Train and Steering System 1, Heavy Machinery Technology, Automotive Electrical and Electronic 2, Calculus, English for Career Development, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2
Semester 3: Power Train and Steering System 2, Hydraulic 1, Diesel Engine 1, Automotive Electrical and Electronic 3, Technical Mathematics, Syariah Dan Kehidupan, Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Murni
Semester 4: Electronic Engine System, Diesel Engine 2, Hydraulic 2, Computer Aided Design, Project Proposal, Start-Up Enterprise
Semester 5: Diesel Engine 3, Automotive Air Conditioning Technology, Undercarriage System, Failure Mode and Effects Analysis, Final Year Project, Digital Enterprise
Semester 6: Industrial Training
PROSPEK KERJAYA
Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my