TEMPOH PENGAJIAN
12 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Seberang Perai Utara, Lumut, Kuala Lumpur, Jasin, Johor Bharu, TSYA Pekan
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN IKM/ ILKA/ ILKS
Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00
ATAU
Lulusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)/ Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera A1) dari IKM/KKTM.
DAN
Memiliki perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1.
DAN
Tidak Rabun Warna
DAN
Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
SINOPSIS PROGRAM
Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera Voltan Rendah A4) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Voltan Rendah dengan sekatan A4 oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja-kerja penyeliaan dan pengawalan, membaik pulih dan menyelenggara mesin-mesin elektrik serta kerja-kerja pengawalan dan penyegerakkan penjana kuasa voltan rendah.
KANDUNGAN SILIBUS
Semester 1: Electrical Competency Final Project, Diesel Engine Generator, Generation And Parallel Operation, Electricity Supply Act And Regulations, Electrical Energy Management Operation, Solar Installatiom And Maintenance, Digital Entrepreneurship, English For You, Penghayatan Islam, Isu Moral
Semester 2: Industrial Training
PROSPEK KERJAYA :
Penolong Pengurus, Penyelia Juruteknik, Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman), Penyelia, Usahawan / Kontraktor Elektrik dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN:
Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Penjaga Jentera Voltan Tinggi Kategori B0/B1 Suruhanjaya Tenaga atau ke Peringkat Ijazah di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my