TEMPOH PENGAJIAN :
36 Bulan
AKREDITASI :
MQA/FA8901
KKTM TERLIBAT :
Kemaman
SYARAT KELAYAKAN :
A. SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
LULUS Bahasa Inggeris
DAN
Tidak Rabun Warna
B. LULUSAN STPM
LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran
DAN
Tidak Rabun Warna
C. LULUSAN STAM
LULUS STAM pangkat maqbul
DAN
Tidak Rabun Warna
D. SYARAT KEMASUKAN LAIN
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.
ATAU
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
DAN
Tidak Rabun Warna
LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan
DAN
Tidak Rabun Warna
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)] dan dengan kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan.
DAN
Tidak Rabun Warna
SINOPSIS PROGRAM :
Pelajar didedahkan dengan sistem pembelajaran berasaskan teori dan amali berkaitan kejuruteraan elektrik khususnya di dalam bidang minyak dan gas.
Kurikulum program ini memberi tumpuan kepada aktiviti rekabentuk elektrik dalam industri minyak dan gas meliputi asas rekabentuk, pembangunan dan pengujian peralatan elektrikal seperti motor elektrik, pembumian, pendawaian bangunan, sistem papan suis (switchboard), sistem janakuasa, talian atas voltan rendah, kabel bawah tanah, analisis sistem pengagihan dan penghantaran.
Pelajar juga turut didedahkan dengan peraturan dan aspek keselamatan khususnya di dalam industri minyak dan gas.
Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan diploma teknologi kejuruteraan elektrik (operasi loji) dan perakuan kekompetenan sebagai penjaga jentera elektrik (sistem voltan rendah tanpa stesen janakuasa).
KANDUNGAN SILIBUS :
Tahun 1 : Electrical Installation, Electrical And Electronics Fundamental, Engineering Drawing And Cad,
Chemistry, Engineering Mathematics 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika
Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1, Electrical Machine & Motor Control, Process Plant Operation,
Instrument And Process Control, Electricity Supply Act And Regulations, Occupational Safety &
Health Fundamental Of Plant Layout Engineering Mathematics 2, English For Communication 2, Co-Curriculum 2
Tahun 2 : Industrial Training 1, Electrical Design Practices, Underground Cable Practices, Low Voltage
Distribution, Aerial Line Practices, Engineering Mathematics 3, Start-Up Enterprise,
Islam Kontemporari Masalah Dan Isu Moral
Tahun 3 : Industrial Training 2, Final Year Project, Electrical Inspection, Testing And Commissioning,
Electrical Power System, Project Management, Digital Enterprise Dan Pengajian Malaysia
PROSPEK KERJAYA :
Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Jurutera Elektrik/ Juruteknik Dalam Industri Minyak Dan Gas, Penjaga Jentera Elektrik, Juruteknik Dalam Sektor Awam Dan Swasta Serta Usahawan.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my