P68 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN LOJI)
/*Free */
MINYAK & GAS

P68 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN LOJI)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Bintulu

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

         LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknologi instrumentasi dan kawalan khususnya dalam loji berkaitan minyak dan gas. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah troubleshooting, tuning, calibration dan penyelenggaraan terhadap sistem instrumentasi dan kawalan di dalam loji. Bagi memberi lebih penghayatan dan kefahaman, pelajar-pelajar turut didedahkan terhadap proses-proses utama dalam industri minyak dan gas.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Piping and Instrumentation Diagram, Workshop Practice, Health, Safety and Environment, Electrical and Electronics, Engineering Science, Engineering Mathematics 1, English For Communications 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1. Process Control, Process Measurement 1, Pneumatic And Hydraulic, Petroleum Science, Engineering Mathematics 2, English For Communications 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2

Tahun 2: Programmable Logic Control, Process Measurement 2, Metrology-Measurement And Calibration, Final Control Element, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral. Process Simulation, Fire and Gas & Emergency Shutdown System, Distributed Control System, Project Proposal, Project Management, Start-Up Enterprise

Tahun 3: Administrative & Supervisory Functions, Maintenance Technology, Plant Operation Technology, Final Year Project, Digital Enterprise, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Jurutera/Pereka struktur luar pesisir dalam industri minyak dan gas, Juruteknik dalam Juruteknik Instrumentasi dan Kawalan, Juruteknik Penyelenggaraan Instrument, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan sektor awam dan swasta, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search