P69 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR)
/*Free */
MINYAK & GAS

P69 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA8751

KKTM TERLIBAT

Kemaman

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

         LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan loji khususnya dalam industri hiliran seperti susunatur, PFD, P&ID, proses, peralatan, keselamatan dan pengoperasian loji. Pelajar berpeluang merasai pengalaman seperti dalam pekerjaan sebenar melalui pembelajaran mengendalikan operasi unit dan proses menggunakan loji yang mirip kepada proses sebenar dengan industri. Pelajar turut dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji supaya sentiasa mengikut standard operasi dan spesifikasi. Para pelajar yang berjaya tamat dari program ini boleh bekerja di loji minyak dan gas, kimia, petrokimia dan pemprosesan makanan.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Computer Aided Drafting, Workshop Technology, Electrical And Electronics Fundamental, Chemistry Process Schematic, Statics And Strength Of Materials, Petroleum Exploration And Production, Occupational Safety And Health

Tahun 2: Fundamental Of Plant Layout, Fluid Mechanics, Plant 3D Modelling, Process Instrumentation And Measurement, Project Management, Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Process Plant Operation 1, Static Equipment, Process Piping System, Project Proposal

Tahun 3: Final Year Project, Process Rotating Equipment, Process Plant Operation 2, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Jurutera, Operator Loji (Juruteknik operasi loji), Juruteknik Proses, Panelman Loji, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search