G01 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKABENTUK
/*Free */
BIOTEKNOLOGI

G01 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKABENTUK

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA8734

KKTM TERLIBAT

Lenggong

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

        DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50. 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM 

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Packaging Technology and Design adalah program 3 tahun yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, Perak. Diploma yang ditawarkan di KKTM Lenggong ini melibatkan bahan-bahan pembungkusan dan rekabentuk, di mana struktur kurikulumnya memberi penekanan kepada teknologi pembungkusan dan disokong oleh elemen-elemen rekabentuk. Program ini menggabungkan sains dan teknologi, rekabentuk, pemasaran dan prinsip-prinsip perniagaan di dalam struktur kurikulumnya.

Secara umumnya, matlamat asas pembungkusan adalah untuk melindungi produk semasa pengagihan dan  penghantaran ke suatu destinasi. Walau bagaimanapun, pada masa kini pembungkusan adalah satu cara utama untuk memasarkan produk. Dengan isu keselamatan makanan, pembungkusan telah menjadi perkara asas untuk melindungi pengguna daripada keracunan makanan dan lain-lain perkara yang melibatkan kebersihan sesuatu produk. Pembungkusan adalah bahagian penting ekonomi zaman moden ini. Membangunkan program pembungkusan adalah amat penting kerana pertumbuhan syarikat-syarikat pembungkusan bergantung kepada bekalan berterusan tenaga pekerja profesional yang terlatih. Industri pembungkusan memerlukan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan pembungkusan, rekabentuk, pemasaran, pergudangan, pengedaran dan memahami isu-isu yang terlibat dalam kitar semula dan penggunaan semula bahan pembungkusan.

Program diploma ini akan membangunkan kepakaran teknologi dan pengetahuan saintifik untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri pembuatan makanan dan banyak sektor berkaitan.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Design Communication, Introduction to Packaging Technology and Design, Chemistry, Computing, Technical Mathematics 1, Co-Curriculum 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral

Semester 2: Packaging Graphics, Packaging Materials & Testing 1, Packaging Design Principles, Food Processing and preservation, Technical Mathematics 2, English For Communication 2

Semester 3: Packaging Design 1, Printing Processes, Packaging Materials & Testing 2, Packaging Machinery & Distribution, Packaging in Food & Health Care, Start-Up Enterprise, Islam Kontemporari, Masalah Dan Isu Moral

Semester 4: Project Proposal, Packaging Materials & Testing 3, Packaging Design 2, Packaging Policy and Regulations, Creativity In Design, Digital Enterprise

Semester 5: Final Year Project, Product Branding and Marketing, Permeability and Shelf Life Studies, Pengajian Malaysia 

Semester 6: Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Packaging Technician, Materials Purchasing Officer, Package Designer, Technical development including structural package and design and surface design technician, Material Research and Testing Technician, Graphic/Commercial Design, Technical Sales and Marketing Officer

 

 

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search