TEMPOH PENGAJIAN
36 Bulan (Sepenuh Masa)
AKREDITASI
MQA/FA3948
IKM TERLIBAT
Bintulu
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
LULUS Bahasa Inggeris
LULUSAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)
LULUSAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul
SYARAT KEMASUKAN LAIN
LULUSAN IKM/ILKA/ILKS
Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50
ATAU
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dan dengan kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan.
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) dan dengan kelayakan minima tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan.
*Syarat tambahan lain bagi semua program di dalam kluster Elektrik: TIDAK RABUN WARNA
SINOPSIS PROGRAM
Pelajar didedahkan kaedah sistem pembelajaran berasaskan teori dan amali berkaitan sistem elektrik khususnya di dalam industri minyak dan gas.
Kurikulum program ini memberi tumpuan kepada aktiviti pemasangan elektrik dalam industri minyak dan gas meliputi asas rekabentuk, pembangunan dan pengujian peralatan elektrikal seperti motor elektrik, pembumian, pendawaian bangunan, sistem papan suis (switchboard), sistem janakuasa, talian atas voltan rendah, kabel bawah tanah, analisis sistem pengagihan dan penghantaran.
Pelajar juga turut didedahkan dengan peraturan dan aspek keselamatan khususnya di dalam industri minyak dan gas.
Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan diploma teknologi kejuruteraan pemasangan elektrik dan perakuan kekompetenan sebagai penjaga jentera elektrik (sistem voltan rendah tanpa stesen janakuasa).
KANDUNGAN SILIBUS
Tahun 1 : Single Phase Wiring Installation, Electrical And Electronics, Electrical Drawing, Health Safety And Environment, Engineering Science, Engineering Mathematics 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1, Three Phase Wiring Installation Electrical Motor Installation, Electrical Act And Ordinance, Petroleum Facilities Technology, Power Electronics And Drives, Engineering Mathematics 2, English For Communication 2 And Co-Curriculum 2.
Tahun 2: Industrial Training 1, Under Ground Cable Practice, Low Voltage Distribution System, Arial Line Practices, Project Management, Engineering Mathematics 3, Start-Up Enterprise, Islam Kontemporari Dan Masalah Dan Isu Moral.
Tahun 3 : Industrial Training 2, Final Year Project, Electrical Power Generation, Programmable Logic Controller Electrical Maintenance, Digital Enterprise Dan Pengajian Malaysia.
PROSPEK KERJAYA
Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Jurutera Elektrik/ Juruteknik Dalam Industri Minyak Dan Gas, Penjaga Jentera Elektrik, Juruteknik Dalam Sektor Awam Dan Swasta Serta Usahawan.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my