TEMPOH PENGAJIAN
18 Bulan (sepenuh masa)
IKM TERLIBAT
Jasin, Besut, Beseri
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN IKM/ILKA/ILKS
Memiliki Sijil perakuan kekompetenan PW2.
DAN
Tidak Rabun Warna.
SINOPSIS PROGRAM
Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik(Pendawai PW4) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa (PW3) atau Pendawai Tiga Fasa dengan Pengendosan Pengujian(PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja pendawaian, menguji pepasangan, membaik pulih pendawaian dan alatan/radas elektrik dan penyeliaan. Program ini khas untuk pelajar yang mempunyai Kompeten Pendawai Satu Fasa (PW2).
KANDUNGAN SILIBUS
Semester 1: Power Distribution System, Low Voltage Electrical Practices, Electrical Maintenance, Industrial Automation System, Electrical Competence Project, English For You, Islam Dalam Kehidupan, Nilai Masyarakat Islam,
Semester 2: Industrial Training
Semester 3: Electrical Installation Industry Theory, Electrical Installation Industry Practices, Electrical Motor Control, Electricity Supply Act And Regulations, Electrical Drawing, Digital Entrepreneurship
PROSPEK KERJAYA
Penolong Pengurus, Penyelia Juruteknik, Pendawai, Penyelia, Usahawan / Kontraktor Elektrik dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan pelajaran di IKM di dalam bidang Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik yang ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga dan Peringkat Ijazah di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my