E69 - DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA)
/*Free */
ELEKTRIK

E69 - DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (KUASA)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan

IKM TERLIBAT

Sik, Lumut, Johor Bahru

SYARAT KELAYAKAN

Lulus SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik/ Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/ Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV).
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.

LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dan dengan kelayakan minimum tamat tingkatan lima (5) sekolah bantuan kerajaan.

*Syarat tambahan lain bagi semua program di dalam kluster Elektrik: TIDAK RABUN WARNA

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan oleh MARA Diploma Kompetensi  Elektrik  dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Jana kuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi lukisan kejuruteraan elektrik secara manual dan berkomputer(AutoCAD), kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaik pulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas. 

 

Kandungan silibus

 

Semester 1: Electrical Installation Theory, Electrical Installation Practice, Electrical Principles 1, Electricity Supply Act And Regulations 1, Electrical Drawing, Mathematics For Electrical, Communicative English 1, Penghayatan Islam, Moral Dan Penghayatan Nilai Murni, Co-Curriculum 1

Semester 2: Electrical Industrial Installation And Maintenance 1, Electrical Principles 2, Electrical Motor Control, Electrical Building Automation System Installation, Worksite Project Management, Communicative English 1, Penghayatan Islam, Moral Dan Penghayatan Nilai Murni, Co-Curriculum 2

Semester 3: Industrial Training 1

Semester 4: Underground Cable Practices, Low Voltage Switch Board, Aerial Line Practices, Electrical Maintenance, Digital Entrepreneurship, Communicative English 2, Penghayatan Islam, Moral Dan Penghayatan Nilai Murni

Semester 5: Industrial Training 2

Semester 6: Electrical Industrial Installation And Maintenance 2, Electricity Supply Act And Regulations 2, Industrial Automation, Electrical Competency Final Project, Communicative English 2, Penghayatan Islam, Moral Dan Penghayatan Nilai Murni

Prospek kerjaya :

Penolong Pengurus, Penyelia Juruteknik, Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman), Penyelia, Usahawan / Kontraktor Elektrik dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

Peluang melanjutkan pelajaran:

Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan) -Penjaga Jentera Voltan rendah Kategori A4 Suruhanjaya Tenaga dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 atau ke Peringkat Ijazah di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search