A61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
/*Free */
AUTOMOTIF

A61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA5092

KKTM TERLIBAT

Masjid Tanah

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

                  DAN

        Lulus Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 matapelajaran DAN lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; DAN lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Profesion/Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤  CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

ATAU

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam sektor automotif yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Engine Technology 1, Workshop Fundamentals, Engineering Drawing, Engineering Science, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-curriculum 1, Vehicle Technology 1, Engine Technology 2, Electrical and Electronic Fundamental, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2 

Tahun 2: Design 2, Building Services 2, Architectural Structure, Architectural History 1, Architectural Multimedia 1, Automotive Electrical Technology, Vehicle Technology 2, Engineering Materials, Statics and Dynamics, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Computer Aided Design, Automotive Air-Conditioning Technology, Electronic Control System, Project Proposal, Pneumatic and Hydraulic, Technopreneurship 1  

Tahun 3: Engine Technology 3, Vehicle Technology 3, Customer Service and Workshop Management, Final Year Project, Technopreneurship 2, Latihan Industri 

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)
  • Automotive Engineering BEng (Hons) (University of Surrey, UK)

 

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search