Berbekalkan kejayaan cemerlang semasa WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2019, dengan pingat EMAS untuk bidang Graphic Design Technology, telah membuka peluang kepada Muhammad Hafizuddin bin Norizan, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, dalam program Diploma Rekabentuk Media Digital untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran peringkat ASEAN, ASIA dan Dunia.
Setelah berjaya melalui peringkat saringan yang dikendalikan oleh pakar negara dalam bidang berkaitan, anak kedua dari 3 beradik ini yang kehilangan ayahnya pada tahun 2009 mendapat sokongan penuh dari ibu dan para pensyarah untuk membawa nama Negara di WorldSkilla Russia yang berlangsung pada 1 hingga 5 Mac 2021.
Semangat kompetatif dan suka dengan cabaran membuatkan Hafizuddin sering menyertai pelbagai pertandingan sejak di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, semangat itu diteruskan semasa pengajian di KKTM Rembau, kerana baginya berhadapan dengan cabaran dan mencari solusi merupakan suatu keterujaan.
Puan Ainur Musfirah binti Shuib dan En Ahmad Kamsol bin Mat Yusop selaku pensyarah di KKTM Rembau merangkap sebagai jurulatih yang bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan menggilap kemahiran yang ada pada Hafizudin dalam membantu anak didiknya menghadapi soalan semasa pertandingan WSMB, yang mana sebelum bertanding mereka akan jalankan latihan berkala dari mencari cara reka bentuk hingga latihan berbentuk masa untuk bantu persediakan diri hadapi pertandingan yang sebenar.
Apabila nama Hafizudin diumumkan terpilih untuk mewakili Malaysia ke WorldSkills Russia, ianya merupakan berita gembira kepadanya, ini membuktikan segala ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih telah dilaksanakan dengan betul dan mempunyai nilai tambah kepadanya dalam pertandingan yang besar ini, namun cabarannya pasti lebih besar kerana ianya melibatkan 4 buah negara lain, Russia, India, China dan Belarus. Bila ditanya perasaannya, dia berasa bebesar hati dan gembira dengan peluang ini kerana membawa nama Malaysia di mata dunia dalam bidang kemahiran merupakan impiannya.
Penularan pendemik Covid-19 merupakan cabaran global ketika ini dan memberi kesan kepada semua aktiviti, namun sebahagiannya boleh dilaksanakan dengan mengikut SOP norma baharu, termasukkah pertandingan WorldSkills Russia ini, ianya dilaksanakan secara dalam talian dan ini memberi sebuah pengalaman baru untuk Hafizudin bertanding dengan negara yang mempunyai perbezaan dari segi waktu selain dari bahasanya.
Keadaan ini bukan penghalang untuknya menyusun strategi sepertimana pernah dilaksanakan semasa WSMB 2019, pentingnya untuk berbincang bersama jurulatih secara berterusan sebelum hari pertandingan dan memahirkan dalam skop bidang serta sentiasa tenang semasa melaksanakan tugasan menjadi kunci kepada Hafizudin menjalani pertandingan tersebut selain merangka beberapa layout, style dan susunan yang sedia serta flexible ketika latihan yang akan digunakannya berdasarkan tema dan tajuk project ketika pertandingan.
Selesai pertandingan, perasaan lega pastinya dapat dirasai oleh beliau, segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman sepanjang pengajian di KKTM Rembau juga tunjuk ajar dari jurulatih telah di adaptasikan sepanjang pertandingan, segala keputusan yang bakal diumumkan diserahkan kepada yang maha ESA sebagai penentunya.
Apabila pingat PERAK dimumkan untuk Malaysia dalam bidang Graphis Design Technology, ianya seperti kejayaan yang amat menggembirakan secara peribadi kepada Hafizudin dan membanggakan khususnya kepada negara kerana dapat membawa nama MALAYSIA di mata dunia dalam bidang kemahiran.
Ditanya mengenai potensi bidang ini dalam membina kerjaya, tanpa ragu Hafizudin menyatakan dalam bidang graphic design, potensi amat tinggi jika boleh berdaya saing serta mempunyai daya kreativiti serta teknikal yang bagus, juga saranannya untuk pelajar lepasan SPM dan belia yang mempunyai minat dalam bidang ini ataupun mana-mana cabang kemahiran, boleh melanjutkan pengajian di TVTE MARA – KKTM, MJII & IKM untuk membina masa depan mereka dengan cemerlang, permohonan kini dibuka untuk sesi pengajian Mei 2021 bagi lepasan SPM 2019, jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.tvetmara.edu.my tambahnya.
Johor, 30 Oktober 2020 – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Ledang telah merangkul kejayaan besar di dalam pertandingan International Invention and Innovative Competition (InIIC), Series 2/2020. Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian bermula 20 sehingga 29 Oktober 2020 manakala keputusan telah diumumkan pada 30 Oktober 2020.
Di dalam pertandingan ini, KKTM Ledang telah merangkul 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Pertandingan peringkat antarabangsa ini disertai oleh 109 kumpulan dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat. Terdapat 3 kategori utama pertandingan iaitu “Professional”, “Higher Institution Students” dan “School Students”.
KKTM Ledang telah menghantar projek-projek dalam kategori “Higher Institution Students” yang merupakan projek-projek terbaik dan telahpun memenangi pertandingan ICEBEE 2020 anjuran KKTM Ledang.
Projek “Medicine Fluid Level Indicator Using IOT System” yang diketuai oleh En. Sallehuddin Bin Bachok @ Tunderang dan projek “Orthodontics Indices Digital Analysis Systems” yang diketuai oleh En. Muhamad Nurhadi Bin Salleh telah mengungguli senarai pemenang dari KKTM Ledang kerana berjaya merangkul pingat emas.
Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberi semangat kepada para pensyarah untuk terus berinovasi di dalam menghasilkan produk-produk baharu. Ini sekali gus dapat mengharumkan nama TVET MARA di Malaysia.
Berikut merupakan senarai nama peserta yang mewakili KKTM Ledang di dalam pertandingan tersebut.
Keputusan Pertandingan Inovasi INIIC 2020 GOLD: 1) Medicine Fluid Level Indicator Using IOT System Penyelia: Sallehuddin Bin Bachok @ Tunderang Peserta: Mohammad Haikal Bin A Rahman Muhammad Irfaan Bin Zaifuddin
2) Orthodontics Indices Digital Analysis Systems Penyelia: Muhamad Nurhadi Bin Salleh Peserta: Muhammad Ainuddin Amrie Bin Saharuddin Muhammad Ashraf Hasnun Bin Mohd Muni Mohammad Ikhwan Bin Kamin ---------------------------------------------------------------------------------- SILVER: 1) Smartwatch Gas Detector for Industrial Workers Penyelia: Zulkarnain Bin Shaharudin Peserta: Muhammad Akmal Hakim Bin Zainal Muhamad Haziq Fikri Bin Abdul Rahman 2) Non-Invasive Bacteria Detector Penyelia: Raja Mohd Aizat Bin Raja Izaham Peserta: Nur Alia Amira Binti Amran Nurul Natasya Binti Mohammed Fazian 3) Drowsiness Driver Detection using Rasberry Pi Penyelia: Wan Mohd Shukri Bin Wan Salleh Peserta: Farees Izzuddeen Bin Ahmad Fahmie Muhd Syabil Aniq Bin Sahrul Amri 4) Transroller Walker with Alarm Control Penyelia: Zahari Bin Hasan Peserta: Wan Noor Sharmiela Binti Wan Apandi Wan Nur Hanisah Binti Wan Mustafa -------------------------------------------------------------- BRONZE: 1) IOT Based Heart Attack Detection using Wristband Penyelia: Nor Azurah Binti Baharom Peserta: Anis Nabila Binti Mohd Tahir Nur Khalijah Binti Abdul Khalid Muhammad Aiman Fahmi Bin Karini 2) A Portable Colour Sensor Based Urine Strip Detector System for Specific Organ Disease Analysis Penyelia: Nik Firdaus Bin Nik Mahmod Peserta: Siti Nurfaizah Binti Badaruddin Nasyiah Muna Binti Zulkufly 3) Exoskeleton for Legs Rehabilitation Penyelia: Dr Nazrul Hamizi Bin Adnan Peserta: Mohamad Aqif Adam Bin Ahmad Ozmin Aiman Hakim Bin Mohd Said 4) Padestrian Lamp using Kinetic Energy (Footstep) and Piezoelectric Penyelia: Mohamed Fadzli bin Ismail Peserta: Muhammad Najmi Bin Mahadi Hafiy Munirah Binti Jailani |
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu telah merangkul pingat Perak dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation dan Technology (IPITEX) di Bangna, Bangkok,Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020.
IPITEX 2020 merupakan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang mana peserta turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru, inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan.
Pertandingan ini merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai produk KKTM/IKM/MJII. Semoga TVET MARA di KKTM, MJII dan IKM terus cemerlang di persada antarabangsa.
Pusat : KKTM PJ
Pingat : Perak
Produk : Smart Building and Utilities System Using Middleware Platform
Pusat : IKM Bintulu
Pingat : Perak
Produk : Pyrolysis From Plastic Waste to Petroleum Product
Prihatin terhadap frontliner negara dalam mendepani krisis covic-19, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan, Pahang berjaya menghasilkan ‘face shield’ berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi dan kepakaran dalaman institusi tersebut. Sumbangan ini adalah bagi memenuhi keperluan ‘Personal Protective Equipment (PPE)’ yang sangat kekurangan di kebanyakan hospital-hospital terlibat di seluruh Malaysia bagi menangani wabak COVID-19.
Berbekalkan kepakaran, pengalaman dan teknologi tinggi berkaitan ‘Additive Manufacturing’ serta semangat untuk membantu negara mendepani krisis ini, sepasukan projek ‘Face Shield COVID-19’ AMRIC KKTM Kuantan telah ditubuh dan hasilnya sebanyak 50 unit ‘face shield’ telah disumbangkan kepada beberapa buah hospital seluruh Malaysia iaitu Hospital Tengku Afuan Afzan, Hospital Putrajaya, Hospital Melaka, Hospital Taiping dan Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Lebih membanggakan, ‘face shield’ yang dihasilkan ini adalah ‘UV sterilization’ dan boleh tahan suhu sehingga 160C. Ini menunjukkan bahawa produk ini amat berkualiti dan boleh diguna semula. Dengan rekabentuk yang ‘flexsible’ seperti skaf ia menjadikan pemakai lebih selesa. Tambahan lagi, ‘face shield’ ini hanya seberat 11 gram bagi satu unit. Selain itu, penghasilannya menggunakan bahan khas PA2201 dari German dan mempunyai ciri biocompatible yang amat sesuai untuk kegunaan manusia. Ini amat berbeza dengan yang ada dipasaran.
Keseluruhan pembuatan produk ini secara purata mengambil masa kira-kira 1 jam untuk menyiapkan 1 unit lengkap ‘Face Shield’. Tempoh masa ini bagaimanapun boleh ditambah baik dengan mengoptimumkan ruang yang ada di dalam bekas percetakan 3D mesin ‘Selective Laser Sintering (SLS)’ di masa akan datang.
Potongan simple & menarik’ merupakan maklumbalas yang diterima daripada pengguna ‘face shield’ rekaan KKTM Kuantan ini menjadikan pasukan yang terdiri daripada 8 pensyarah ini lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak ‘face shield’ dalam masa terdekat dalam usaha membantu negara menghadapi saat getir ini.
Pasukan ‘Face Shield COVID-19’ AMRIC KKTM Kuantan terdiri daripada;
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau bersama alumni KKTM Rembau, MARA Negeri Sembilan dan Kemas menghasilkan Personal Protective Equipment (PPE) yang merupakan projek CSR dalam membantu para barisan hadapan berdepan dengan pandemik COVID’19.
Perlaksanaan projek CSR ini adalah khusus buat Institut Kanser Negara (IKN, Putrajaya) yang bermula dengan sumbangan KKTM Rembau memotong PPE sebanyak 2000m secara manual yang menjadikan kepada 670 helai bagi set lengkap PPE yang berukuran lbh kurang 3m setiap satunya.
Penghasilan 10 set potongan lengkap PPE (yang merangkumi Hood, Dress dan Shoes cover) serta pola telah dihasilkan sebagai ‘sample’ utama bagi kerja-kerja pengagihan tugas kepada ALUMNI KKTM Rembau sendiri, KEMAS serta orang perseorangan untuk menyumbang kepakaran mereka dalam waktu getir ini.
Untuk projek penyediaan 670 set PPE Institut Kanser Negara ini melibatkan seramai 29 orang tukang jahit serta pembantu yang terdiri dari 15 orang pensyarah serta kakitangan sukarelawan KKTM Rembau, 6 orang alumni KKTM Rembau di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor termasuk pereka fesyen yang sedang menempa nama dan pernah berada di pentas fesyen Antarabangsa di London, Wan & Mary. 8 orang guru KEMAS serta Pn. Devi yang tinggal di Semenyih, Selangor turut menyumbang kepakaran serta kemudahan mesin jahitan yang mereka miliki.
Projek CSR kedua oleh KKTM Rembau ini adalah menjahit PPE sebanyak 300 helai merangkumi (hood dan shoes cover) bagi Klinik Kesihatan Rembau yang lebih memfokuskan kepada pengambilan ‘sample’ bagi ujian saringan COVID’19 di peringkat daerah Rembau. Bagi projek CSR bersama Klinik Kesihatan Rembau ini melibatkan semua sukarelawan yang terdiri daripada para pensyarah serta kakitangan KKTM Rembau. Kesemua projek yang mereka laksanakan ini secara sukarela dan tiada sebarang bayaran yang diberikan.
Ketiga, merupakan projek CSR bagi Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia sebanyak 50 helai kelengkapan lengkap PPE (yang merangkumi Hood, Dress dan Shoes cover). Selain dari projek yang dinyatakan tersebut, senarai projek yang sedang diteliti dan diatur corak pengagihan kerjanya dalam tempoh seminggu ini merupakan klien dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan [JAINS] bagi Baju Pengkebumian Pesakit COVID’19, Kelengkapan lengkap PPE bagi para petugas barisan hadapan Hospital Port Dickson, Hospital Rembau, Klinik Kesihatan Negeri Sembilan serta Baiduri Clinic Group.
DIY FACE SHIELD & 3D FACE SHIELD
KKTM Rembau telah menyumbangkan sebanyak 1497 unit Face Shield dengan menggunakan 3D printer yang terdapat di institusi tersebut. Sumbangan face shield ini telah dihantar ke Hospital-hospital dan klinik sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Berikut merupakan hospital serta klinik terlibat iaitu PRO Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) KLANG, Unit Kecemasan HTAR Klang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Unit Pensterilan HTAR Klang (100pcs), Hospital Alor Gajah, Klinik Kesihatan Machap, Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Klinik Kesihatan Rembia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Kesihatan Tengkera, Klinik Kesihatan Pulau Sebang, Klinik Kesihatan Alor Gajah, Hospital Alor Gajah, Hospital Tuanku Jaafar, Unit Haemodialisis, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Unit Pensterilan HTAR Klang, Klinik Kesihatan sekitar Klang, Selangor.
Semasa perlaksanaan kerja sukarela ini, pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sentiasa dipatuhi dengan memastikan langkah-langkah pencegahan COVID’19 diamalkan seperti penggunaan face mask, sanitizer dan social distancing dijaga sepanjang kerja-kerja CSR ini berjalan.
Tahniah kepada KKTM Kemaman yang telah berjaya meraih kemenangan di peringkat antarabangsa dengan membawa pulang Pingat Emas dan Pingat Gangsa dalam pertandingan International Conference on Creativity and Innovation (ICCI) 2020 di Bangkok pada 3 – 4 Februari 2020.
KKTM Kemaman memperoleh Pingat Emas diperolehi melalui projek Integrated Flood Detector System (IFWD) manakala Pingat Gangsa bagi projek Integrated Chemical Management Database (iCeMaD).
Program anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama World Invention Intellectual Property Associations WIIPA) ini telah mendapat lebih 100 penyertaan dari pelajar sekolah dan kolej/university awam/swasta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
21 November 2020 – Meneruskan legasi kecemerlangan di dalam pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa, TVET MARA yang diwakili oleh Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Seberang Perai Utara dan Besut telah merangkul 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa dalam pertandingan 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020 serta Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) yang berlangsung pada 20-22 November 2020 secara virtual competition. Senarai pemenang telah diumumkan pada 21 November 2020.
31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020 merupakan pertandingan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh C.I.S Network Sdn. Bhd. Pada tahun ini sebanyak 46 buah negara seluruh dunia telah mengambil bahagian.
ITEX 2020 adalah pertandingan inovasi, kreativiti produk dan penemuan secara kajian yang melibatkan pelbagai platform bidang seperti bidang akademik atau bukan akademik, pelajar dari institusi pendidikan tinggi, industrial, sekolah menengah atau sekolah rendah dalam pelbagai bidang. Dalam pertandingan ini, IKM Bintulu telah menyertai bagi Kategori AYIE (pelajar institusi kemahiran), IKM SPU bagi Kategori Invention dan IKM Besut- Kategori Invention.
Objektif pertandingan adalah untuk menjana idea inovasi dan kreativiti yang meluaskan perhubungan antara pereka antarabangsa dan pereka tempatan selain daripada perhubungan dengan industri yang sejajar dengan teknologi terkini.
Pertandingan peringkat antarabangsa ini merupakan satu platform pereka antarabangsa memasarkan idea baru melalui peluang yang disediakan. Pertandingan pada tahun ini adalah pertama kali dikendalikan secara maya (online).
KEPUTUSAN PENUH
ITEX 2020
BIL. |
Kategori |
Pingat |
Pusat |
Nama Produk |
Inventor
|
1) |
AYIE |
EMAS |
IKM BINTULU |
PYROFUEL |
NUR ATHIRAH BINTI YAHA
|
2) |
AYIE |
PERAK |
IKM BINTULU |
ELECTRONIC ARM FOR WELDERS (EAFOW) |
FATIN NISRAINA AIYUNI BINTI SOPIAN |
3) |
INVENTION |
PERAK |
IKM SPU |
WIND FROM AIR CONDITIONING AS RENEWABLE ENERGY |
SHAMSUL BIN MOHAD MOHD SHAFIE BIN ABD GHANI
|
4) |
INVENTION |
GANGSA |
IKM BESUT |
GENERATOR FUEL SAVER AND GREEN ENERGY POWER |
ZUBAIRI BIN MAT ZIN MUHAMMAD IKHWAN BIN JAMALUDIN
|
"ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2018"
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahadhir Mohamad, di MITEC.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi peringkat Worldskills Malaysia Belia (WSMB) :
PERAK
1. BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY
Ahmad Hazwan bin Hisham - (Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahya Ahmad, Pahang) F.R.i.E.N.D.S [de' tsya]
2. BIDANG : CARBINET MAKING
Burhanuddin bin Bukhori - (Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah) Institut Kemahiran MARA Sungai Petani
GANGSA
1. BIDANG ELECTRONICS
Siti Noor Azirah binti Ramlan - (MARA - Japan Industrial Institut (MJII) Mara Japan Industrial Institute - MJII
TVETMARA mengucapkan tahniah kepada pemenang untuk peringkat WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan diharapkan agar kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang.
Sepang, 5 September – Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terus unggul di Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) apabila berjaya merangkul tiga emas, satu perak, satu gangsa dan tujuh Medallion of Excellence dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Kejayaan yang disumbang oleh para pelajar IPMa ini sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia meraih tempat ke-empat keseluruhan dalam pertandingan itu.
Seramai 13 pelajar IPMa telah terlibat di dalam pertandingan ini terdiri daripada para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA-Japanese Industrial Institut (MJII), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), German-Malaysian Institut (GMI) serta GIATMARA.
Konsisten sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir dan separa mahir kepada negara, penyertaan pelajar IPMa di pertandingan ini merupakan wadah berterusan MARA mendukung hasrat kerajaan memperkasa Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional TVET dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri.
Untuk rekod, ASC 2018 telah berlangsung pada 26 Ogos hingga 4 September yang lalu bertempat di Bangkok, Thailand.
Syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Izuwan Bin Mat Rabi daripada Program Teknologi Pembuatan & Rekabentuk Perabot, STR IKM Sungai Petani di atas kejayaan mendapat Medallion For Excellent dalam bidang yang diwakilinya iaitu Cabinet Making di WSC 2017 Abu Dhabi.
Pertandingan WorldSkills telah berlangsung selama empat (4) hari bermula dari 15-18 Oktober 2017. Saudara Mohd Izuan merupakan salah seorang daripada 20 peserta yang mewakili Malaysia dalam pertandingan yang memberikan pengiktirafan kepada golongan profesional mahir dari seluruh dunia dengan mempamerkan kemahiran masing-masing.
Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 56 negara yang bertanding dengan memperoleh dua (2) Bronze dan sembilan (9) Medallion for Excellent.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2017 telah membuktikan bahawa keunggulan penciptaan inovasi pelajar-pelajar KKTM, MJII dan IKM adalah diiktiraf negara.
Keputusan Rasmi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2017:
EMAS
a) Cabinet Making (IKM TSYA, Pekan) : Mohd Kamarul Afzan Bin Nazri
PERAK
a) Electronics (MJII, Beranang) : Aiman Fareeq Bin Aizam Nor
b) Mechanical Engineering Design (IKM Johor Bahru) : Yusri Shuhairi Bin Yaakob
c) Graphics Design (KKTM Rembau) : Mohd Ikhwan Bin Isam
Produk I-SiNK, KKTM Kuantan yang telah memenangi pingat emas di International, Invention & Exhibition (ITEX) 2015. Telah dianugerahkan sebagai produk berimpak tinggi, High Impact Programme 2 (HIP 2) for Technology Commercialisation Platform (TCP) di bawah program HIGH IMPACT PROGRAMMERS SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan PlaTCOM Sdn.Bhd.
Perjanjian bersama syarikat Ottimo Industry Sdn.bhd. telah dimeterai bagi mengkomersialkan produk tersebut.
PRODUK FURNITURE IN LIFE
Inventor produk Furniture in Life, IKM Alor Setar telah menerima dana pembangunan program High Impact Programme 6 (HIP 6) SME Corporation di Yayasan Inovasi Malaysia berjumlah RM150,000.
IKM, KKTM dan MJII memenangi 5 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Asean Skill Competition yang diadakan di MAEPS, Serdang pada 19 hingga 29 September 2017
ASIAGRAPH REALLUSION AWARD 2016
Pasukan I-Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil Bin Mhd Yatim, Rukaini Bin Razlan dan Muhammad Ridzuan Bin Abd Mutalib, pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau memenangi Kategori 'Best Creative Awards' di pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti. Pertandingan bertemakan 'HERO' itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telahmembawa balik hadiah berjumlah USD 10,000.00.
INTERNATIONAL ROBOT CONTEST (IRC) 2016
Amaluddin Syahmi Bin Azuan dan Mohamad Iqbal Bin Baharom, pelajar KKTM Ledang telah memenangi tempat ketiga kategori Terbuka Dunia di International Robot Competition 2016 di KINTEX, Seoul, Korea Selatan pada 13 hingga 16 Oktober 2016
WORLDSKILLS COMPETITION ABU DHABI 2017
Muhammad Yusri Bin Baharuddin, MJII dan Mohd Izuwan Bin Mat Rabi, IKM Sungai Petani telah mendapat keputusan cemerlang di dalam pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2015 dan Asean Skills Competition (ASC), 2016 akan mewakili Malaysia dalam pertandingan WorldSkills Competition 2017 di Abu Dhabi bagi bidang Elektronic dan Cabinet Making.
Mohd Izwan telah berjaya membawa pulang Medallion For Excellent dalam bidang Cabinet Making buat pertama kalinya untuk MARA.
Mu'az Bin Abdul Karim, pelajar KKTM Petaling Jaya telah diberi penghormatan oleh Perarson UK, sebuah badan pengiktirafan akedamik antarabangsa untuk menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016 di Royal Horrticultural Halls, London, United Kingdom pada 7 Julai 2016
PEARSON BTEC OUTSTANDING LEARNER 2016
Hariz Amirul Bin Aidi Roslan, pensyarah di KPM Seri Iskandar menerima anugerah Pearson BTEC Oustanding Learner kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan pengkhususan Perniagaan Antarabangsa di The University of Queensland, Australia di bawah tajaan MARA.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my