SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF ADELAIDE, AUSTRALIA
Dari kiri :
Muhamad Fakhrul Adam Mohd Muhayadin
Qayyum Iman Sakri
Arif Fahmi Hisam
Raid Izfan Roslan
SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM SRI GADING DI UNIVERSITY OF NEW SOUTH WALES, SYDNEY AUSTRALIA
From left:
MOHAMAD TAUFIQ BIN MOHD SALLEH
AHMADI SUFI BIN MURTADZA
NURFATIN AFIQAH BINTI MUHAMMAD HARIS
NUR HANIN BINTI MOHD HAMDAN
SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA
NURUL HUDA BINTI KHAIRUL NASIR
NURNAIMI AMIRAH BINTI AZMI
SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM PETALING JAYA DI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA
Balqis Binti Wira
SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM LEDANG DI UNIVERSITY OF STRATHCLYDE, UNITED KINGDOM
Hanun Hamizah Binti Zakria
“Alhamdulillah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan berhenti usaha, terimalah segalanya walaupun sekecil-kecil perkara. Cari ilmu sampai bila-bila tak habis. Harap semuanya akan jadi yang terbaik. Terima kasih atas segalanya” – Amin Majid. 25 April 2018, Hamamatsu.
Siapa sangka dengan segulung sijil, anak muda ini berjaya menjejakkan kaki ke Negara Matahari Terbit demi mencapai cita-cita dalam bidang yang diceburi. Aminuddin bin Abd. Majid berasal dari Baling Kedah dan merupakan anak kelima kepada pasangan Abd Majid bin Md Isa dan Kamariah bin Mohd Sharif adalah graduan Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyejukan dan Penyamanan Udara IKM Sik, 2017. Tamat pengajian dari Sekolah Menengah Teknik Kajang dalam bidang yang sama. Amin memilih IKM Sik sebagai laluan akademik pada Januari 2014 untuknya mendalami bidang tersebut walaupun keputusan SPM melayakkan beliau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selama 2 tahun di IKM Sik, ketekunan dan kecemerlangan sahsiah beliau terbukti sebagai Ketua Pelajar Program dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di samping bergiat aktif dalam Kelab Seni dan Kebudayaan. Disenangi oleh rakan-rakan dan pensyarah, Amin sentiasa menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar yg lain terutamanya apabila keputusan peperiksaan akhir setiap semester mendapat Anugerah Dekan.
Amin terus mengorak langkah dengan kejayaannya menyertai Program Pelajar Lanjutan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA sebagai persediaan ke Jepun bagi mengikuti sesi latihan sambil bekerja selama 3 tahun. Selepas tamat sesi persediaan di MJII Beranang, pada 21 Februari 2018 beliau berangkat ke Jepun bersama seramai 18 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang iaitu Penyamanan Udara, Bangunan, Automatif, Pembuatan, Agro dan Elektronik yang merupakan pelajar IPMA yang telah lulus kursus asas dan temuduga dengan syarikat Jepun serta MARA.
“Saya tidak bersendirian, selepas saya lulus temuduga dengan syarikat Jepun, saya juga berkongsi peluang ini bersama rakan lain. Alhamdulillah, saudara Hamizan Zulkefli dan seterusnya Mohd Haiqal bawah program SPP IKM Sik cuma berlainan semester juga antara yang berjaya melayakkan diri ke Jepun.
“Di jepun kami hanya menggunakan bahasa jepun sahaja. Tak faham tak boleh nak survive. Di marahi dan di maki adalah perkara biasa. Itulah cara kami belajar. Teringat masa belajar di IKM Sik, jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar SPP yang berpengalaman mengajar kami antaranya Encik Ismail, Encik Khazaimi, Encik Azlan, Arwah Encik Razman, Encik Zamri, En Yusmarizal, Encik Razali, Encik Khairul Anwar dan Encik Ismail juruteknik. Tidak lupa juga kepada semua tenaga pengajar Pengajian Am dan dari program lain. Apa yang saya belajar di IKM Sik boleh kata 100% berkait rapat apa yang saya belajar di Jepun.”
Melalui cabaran dan liku-liku sebagai anak perantau di negara serba maju, Amin menimba pengalaman berharga dengan suasana dan budaya kerja yang pantas bersama pekerja mahir tempatan di Seimei Engineering Co; Ltd. Jadual kerja yang padat dan perbezaan bahasa bukan halangan untuknya bertahan sehingga tamat sesi latihan. Amin memanfaatkan kemudahan dan elaun yang diberikan oleh MARA sebaik-baiknya dan bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengambil cuti atau pulang ke tanahair. Beliau berjaya menamatkan latihan dan pulang ke Malaysia pada 15 Februari 2021 dengan segulung Diploma in Industrial Internship (Freezing and Air-Conditioning Apparatus Installing).
Segala kegigihan dan kesungguhan terbalas apabila beliau terus ditawarkan bekerja di syarikat yang sama sebaik sahaja kembali ke tanahair. Kini Amin memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Kanan di Seimei Engineering (M) Sdn. Bhd, Shah Alam.
Semoga perjalanan kerjaya Amin menjadi pendorong kepada belia hari ini untuk menyertai bidang teknikal dan vokasional. Sesungguhnya TVET MARA bukanlah pilihan kedua.
Penulis : Nurzumira binti Ab. Rahin (IKM Sik, Kedah)
Silaturahim diantara warga Ikm Kota Kinabalu dieratkan dengan bergotong royong menerusi program Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak, sebanyak 800 hingga 1000 bungkus bubur lambuk yang dihasilkan dan telah agihkan kepada masyarakat sekitar IKM Kota Kinabalu program ini dapat menzahirkan rasa sayang warga IKM Kota Kinabalu kepada masyarakat sekitarnya.
Warga Jabatan Mekanikal IKM Johor Bahru juga bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada warga kerja IKM Johor Bahru dan petugas barisan hadapan berhampiran. Persiapan, proses memasak, membungkus serta pengagihan selesai dalam tempoh 7 jam . Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Mekanikal IKM JB.
KKTM Masjid Tanah (anjuran unit pentadbiran & pengajian am) pula mengadakan diikuti dengan bersempena Nuzul Al-Quran bagi peringkat pusat.
Melalui Program Kasih Ramadan KKTM Kemaman menyantuni keluarga seorang pelajar daripada Program Instrumentasi & Kawalan (DLI) iaitu saudari Nur Hidayah, menyampaikan sedikit sumbangan tanda prihatin kami terhadap ujian yang ditanggung oleh keluarga beliau. Hadir menyampaikan sumbangan, Dr. Mahadir Ibrahim (Timb. Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar), Jawatankuasa Pembangunan Insan & Kebajikan serta team Amal Riders KKTM Kemaman.
Mengedarkan sumbangan Bubur Kanji Ramadhan kepada warga Institut Kemahiran MARA Sungai Petani dan mengambil kesempatan Nuzul Quran, Institut Kemahiran MARA Sungai Petani membuat kunjungan ziarah dan menyantuni keluarga Allahyarham Azhar bin Ahmad, mantan pemandu yang pernah berkhidmat bersama IKM Sungai Petani dengan menghulurkan sedikit bantuan hasil sumbangan staf Pentadbiran IKM Sungai Petani bersempena bulan Ramadhan
Program Pengagihan Pek Iftar Ramadhan telah dilaksanakan oleh IKM Besut melalui Badan Ugama dan Kebajikan disampaikan oleh Pengarah Institut Kemahiran MARA Besut, Tn. Hj. Badrul Hisham Mohd Yatim kepada warga Institut Kemahiran MARA Besut.
Sik Kedah, 3 April 2021 - IKM SIK telah mengadakan program CSR dengan membuka peluang kepada 10 orang pelajar Ma’ahad Al Tarbiah Al Islamiah Al Wataniah (Pondok Begia), Sik Kedah untuk mengikuti sesi latihan Pendawaian Elektrik Satu Fasa selama 4 hari yang bermula dari 28 – 31 Mac 2021 bertempat di IKM Sik.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar berkenaan menceburi bidang TVET malah memberi kemahiran menerusi latihan intensif yang boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian di sampng meluaskan latihan kemahiran mengikuti keperluan industri semasa.
Program ini dilaksanakan berasaskan 100% amali dan sesi latihan adalah mengaplikasikan konsep Learning by Doing secara coaching. Modul yang dipelajari selama 3 hari adalah Modul Pendawaian Elektrik Satu Fasa & Modul Usahawan; Pemasaran Online Menggunakan Medium “SHOPEE” selama 1 hari.
Program ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menimba pengetahuan sebagai usahawan hasil dari penerapan kursus yang telah dihadiri dan secara tidak langsung dapat mempromosikan IKM Sik sebagai salah satu institusi TVET MARA di Malaysia.
Sesungguhnya program ini memberi impak yang positif kepada peserta sama ada untuk pembangunan potensi dan juga kerjaya.
Keinginan untuk mencuba dalam bidang kemahiran (pendidikan) serta mencabar diri kepada sesuatu yang baru membuatkan alumni IKM Bintulu ini, saudari Olivia binti Hassan membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di IKM Bintulu dalam kluster minyk dan gas. Pemegang Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji, yang tamat pengajian pada tahun 2019 dan kini menjawat jawatan sebagai Penolong Jurutera di Whitebeard Engineering Sdn Bhd tertarik dengan system pembelajaran di IKM Bintulu iaitu 70 peratus praktikal dan selebihnya secara teori dimana ianya memberi kelebihan kepada beliau untuk mempraktikkan ilmu tersebut di dalam kerjayanya dan percaya pendidikan TVET ini mampu meletakkan dia sebagai penyumbang kepada pembangunan industry di negara ini khusunya bidang minyak dan gas.
Bercerita tentang pengalaman sepanjang pengajiannya, Olivia amat berterima kasih kepada tenaga pengajar serta silibus pembelajaran di IKM Bintulu, yang mana segala ilmu dan kelengkapannya adalah 90 peratus sama seperti di dalam industry, sebagai contoh simulasi mini plan, OPP (Operation Production Plan), PLC Lab dan sebagainya untuk pelajar belajar bagaimana mengendalikannya dengan betul, ini merupakan nilai tambah kepada lepasan pelajar dalam program ini apabila berada di alam pekerjaan sebenar, sepertimana yang dialami sendiri oleh Olivia yang tidak kekok mengendalikan plan tersebut kerana mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IKM Bintulu.
“Nak seribu daya x nak seribu dalih“ …Itu yang boleh dikatakan oleh Olivia apabila ditanya tentang bagaimana beliau boleh membina kerjaya selepas tamat pengajian, kesungguhannya dalam menerangkan segala ilmu yang telah dipelajari ketika sesi temuduga telah menarik perhatian syarikat Whitebeard Enginnering Sdn Bhd untuk menawarkan jawatan tersebut kepadanya berdasarkan pengalaman pengajian di IKM Bintulu.
Pendidikan TVET telah membantu saya untuk bina kerjaya dan pastinya pencapaian yang dikecapi ketika ini memberikan kebanggaan kepada keluarga saya dan membantu ekonomi keluarga, “Siapa kata wanita tidak boleh berjaya dengan TVET? Kalau saya boleh, anda pasti boleh! Jadikan TVET pilihan utama “….mengakhiri perbualan dengan menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.
Maklumat lanjut tentang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),MARA-Japan Induatrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) boleh layari www.tvetmara.edu.my dan ikuti fb page https://www.facebook.com/tvetmara bagi aktiviti-aktiviti menarik kami .
Beranang Selangor, 12 April 2021 - Pengarah Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Encik Lukman bin Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke MARA-Japan Industrial Institute (MJII) pada 12 April 2021.
Tujuan lawatan adalah untuk membuat pemantauan terhadap projek-projek pembangunan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Selain Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), lawatan turut disertai oleh wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Antara pengisian program adalah taklimat berkaitan pencapaian dan kejayaan MJII dalam pertandingan yang disertai seperti inovasi, World Skills dan lain-lain. Di samping itu, deligasi juga di bawa ke Galeri Narita untuk melihat beberapa projek inovasi yang telah dihasilkan.
Di samping itu, deligasi juga dibawa ke makmal-makmal seperti RTOS Lab, Labview Academy, Scada Lab, Pneumatic Lab, Microtik Academy, Robotic Lab dan Cleanrooom bagi melihat dengan lebih jelas peralatan-peralatan yang digunakan di MJII.
Masjid Tanah, Melaka – 21 April 2021 : Kesibukan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadan di samping sesi pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka tidak menghalang pelajar Kesatria kolej ini untuk turut sama melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dengan melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyedia dan mengedarkan bubur lambuk kepada ‘frontliner’ di sekitar KKTM Masjid Tanah.
Program ini dilaksanakan dengan melibatkan 45 orang kesatria kolej ini dengan bimbingan 4 orang pensyarah dalam memastikan program yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya.
Acara memasak dan mengedarkan bubur lambuk ini merupakan acara tahunan yang sering dilaksanakan di kolej ini, namun pelaksanaan pada kali ini lebih manis lagi dengan pengedaran kepada frontliner di sekitar KKTM Masjid Tanah.
Sesungguhnya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar, pensyarah serta ‘frontliner’ yang berdekatan, disamping dapat memupuk rasa syukur serta terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada kemakmuran negara, sekaligus membina 'soft skills' pelajar seriring dengan 'hard skills' yang mereka pelajari.
Penawaran program-program menarik selaras dengan permintaan tinggi negara membolehkan pelajar keluaran TVET MARA sentiasa laris di pasaran pekerjaan.
IKM Kuala Lumpur merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan dan Latihan TVET berprestij kepada masyarakat Malaysia.
Selain penawaran kursus berimpak tinggi seperti kursus kimpalan, elektrikal, lukisan dan pendingin hawa dan lain-lain, IKM KL dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Cooperation mempunyai platform dalam talian yang diperkenalkan iaitu ekon.my yang merupakan medium penghubung servis pendingin hawa kenderaan dan rumah secara dalam talian.
Puan Rozita Razali dengan bimbingan Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Syuhaida Ismail dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Syazli Fathi telah berjaya dinobatkan BEST PAPER AWARD di 9th International Conference on Applied Science and Technology (ICAST 2021), dengan membawa kertas kajian bertajuk Critical Success Factors (CSFs) of Industry Centre of Excellence (ICoE) Performance at Majlis Amanah Rakyat (MARA) Technical and Vocational Education and Training (TVET) Institutions. Kertas kajian ini juga akan diterbitkan dalam SCOPUS Indexed Proceedings yang merupakan jurnal berimpak tinggi.
Sebelum ini Puan Rozita bertugas sebagai pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan kini bertugas di Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, dalam masa yang sama sebagai pelajar semester kedua Doktor Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Turut menyertai ICAST 2021 ini ialah beberapa pegawai MARA dengan tajuk penyelidikan masing-masing.
ICAST 2021 merupakan program tahunan peringkat antarabangsa dan dijalankan secara maya pada tahun ini memungkinkan kolaborasi dan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang di antara institusi dan industri dalam serta luar negara.
Muhamad Alif bin Hamdi, alumni Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam IKM JB (2003/2004).
Muhamad Alif berasal dari Pasir Gudang, Johor. Berusia 36 tahun dan kini bekerja sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air (Underwater Inspection Engineer) di Boskalis Subsea, sebuah syarikat berpengkalan di Belanda. Memulakan perbualan, beliau berkongsi bersyukur menyambung pengajian ke IKM Johor Bahru selepas SPM . “Keputusan peperiksaan SPM saya agak teruk, Mulanya saya buntu untuk sambung belajar. Alhamdulillah, keputusan menyambung pengajian di IKM JB adalah antara pilihan terbaik dalam hidup saya”, katanya.
Menurut Muhamad Alif, di IKM JB pelajar bukan sahaja belajar ilmu kemahiran seperti kimpalan, bahkan ilmu tentang hidup. Selepas dua tahun pengajian di IKM JB termasuk 6 bulan latihan industri, laluan pengajian beliau diteruskan ke peringkat diploma di UniKL Malaysia France Institute (MFI) dalam program Teknologi Kimpalan (Welding Technology) dan seterusnya ijazah pertama di universiti sama.
“Saya tamat belajar tahun 2007, bekerja sebagai ‘Underwater Welder’, seterusnya ‘Inspection Diver’ dan kini ‘Underwater Inspection Engineer’ di Dubai. Apa yang paling membanggakan, selama 14 tahun bekerja dalam bidang ini, saya kerap bertemu atau bekerja bersama lepasan IKM JB”, sambungnya lagi.
Ditanya lanjut pengalaman menarik sepanjang berkecimpung dalam bidang kimpalan, beliau berkata peluang bekerja sambil mengembara adalah satu kelebihan. Menurut beliau, pada mulanya beliau dihantar bertugas di sekitar Asia, sebelum ke Belanda.
”Saya pernah berkerja di NorthSea, kemudian berpindah ke England dan negara lain termasuk Republic of Congo dan beberapa negara lagi. Bekerja di lautan antara paling berbahaya di dunia iaitu Port Harcourt, Nigeria adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, saya juga berpeluang ke Iraq serta beberapa tempat di Timur Tengah dan juga China”, katanya.
Ketika ditanya pendapat tentang IKM JB beliau berkata, IKM JB telah membentuk beliau menjadi dirinya pada hari ini. MARA dan IKM JB khasnya telah memberi peluang kedua kepada beliau dan lepasan SPM lain yang kurang atau tidak cemerlang dalam bidang akademik untuk berjaya dalam hidup.
“Saya masih ingat mantan Pengetua IKM JB waktu itu, Encik Wan Sabri menyampaikan rasa bangga beliau melalui ibu saya apabila saya menyambung pengajian ke UniKL MFI. Saya sendiri tidak pernah menyangka, walaupun keputusan peperiksaan SPM saya dianggap teruk, saya mampu sampai ke tahap ini,” katanya lagi.
Beliau yang dikenali sebagai Pak Ya sewaktu belajar di IKM JB berkata, jika diberi peluang dan kesempatan beliau ingin berkongsi kisah dan pengalaman kepada pelajar IKM JB.
“Saya bangga menyatakan kejayaan saya bermula di IKM JB, berkat jasa, ilmu dan pengorbanan bekas pensyarah saya dan juga MARA. Jika kita fokus untuk capai impian, tidak ada apa yang mustahil.
“Saya habiskan masa selama sembilan tahun sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah dan bekerja dalam bidang yang saya impikan. Mimpilah sebesarnya dan dengan mimpi itu lah kamu kejarkan ia menjadi nyata”
Mengakhiri perbualan, Alif menyatakan “Jika saya boleh, anda pasti boleh !”.
9 Februari 2021 – Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT) telah mengadakan Program FB Live di channel TVET MARA dengan tajuk ‘Oh My TVET’ bersama Cikgu Aisyah yang merupakan cikgu viral subjek Sejarah SPM 2020.
Pelaksanaan FB Live ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat TVET MARA yang dipelopori oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam membantu calon-calon SPM 2020 dengan memberi tips pantas bagi menjawab kertas Sejarah SPM 2020. Subjek sejarah merupakan subjek wajib lulus bagi membolehkan seseorang calon SPM lulus penuh dan layak mendapat sijil SPM.
Berpengalaman lebih 10 tahun di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah peringkat SPM dan dengan terbinanya Nurun Akademy yang terletak di Shah Alam telah meletakkan Cikgu Aisyah sebagai nama yang sangat disegani bagi subjek sejarah SPM.
KKTM, MJII dan IKM merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA yang menawarkan program-program berprestij bagi pendidikan dan latihan TVET di Malaysia. Lebih 116 kursus di peringkat Sijil dan Diploma ditawarkan yang merangkumi 12 kluster pengajian yang membuka peluang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.
23 Februari 2021 - Pelajar program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan), KKTM Sri Gading, Faiz Nuruddin bin Faizal Yamimi telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan TiffinBIM Construction Technology Essay Competition 2020.
Tajuk esei “More usage of technologies would help the Malaysian construction industry players to quickly recover from the Covid-19 pandemic” telah berjaya memikat hati juri pada pertandingan tersebut. Pemenang tempat pertama telah membawa pulang hadiah RM 1,000.00, Certificate of Commendation, TiffinBIM perpetual license worth RM5,888 and Optional Internship* at NSA Industry Partner. Senarai pemenang keseluruhan boleh layari https://www.facebook.com/113821963394513/posts/449667066476666/?sfnsn=mo
Program adalah anjuran TiffinBIM dengan kerjasama National STEM Association (NSA), Malaysia.
MAEPS Serdang, 29 Februari 2020 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2020 yang menghimpunkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di MAEPS Serdang pada 27 Februari hingga 2 Mac 2020.
Seramai 6364 graduan diraikan bagi memberi pengiktirafan kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian. Majlis disermpurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Pada sidang utama tersebut, anugerah khas kepada graduan yang layak iaitu Anugerah Graduan Cemerlang, Anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Graduan Keusahawanan Cemerlang, Anugerah Khas Industri dan Anugerah Graduan Terbaik program telah disampaikan.
Graduan TVET MARA sentiasa laris di pasaran. Dengan kadar kebolehpasaran lepasan KKTM, MJII, dan IKM melebihi 90% membuktikan graduan TVET MARA adalah berdaya saing serta memenuhi keperluan tenaga kerja di industri .
Sehingga kini, TVET MARA bagi KKTM, MJII dan IKM telah menyumbang kepada jumlah alumni sebanyak 169,257 orang dan KPM sebanyak 22,092 orang.
Kejayaan besar Juvert Sooi, sebagai pemenang Anugerah Tangan Emas dalam pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) telah membuktikan bahawa pelajar TVET MARA mempunyai ‘skill’ yang tiada tolak bandingnya.
Pelbagai kejayaan telah dirangkul oleh KKTM, MJII dan IKM dari dulu hingga kini dan telah menjadi inspirasi kepada anak muda untuk turut sama menyertai program yang ditawarkan oleh institusi ini.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG PROGRAM DIPLOMA SESI JANUARI - JUN 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
IKM ALOR SETAR |
MUHAMMAD FUAZI BIN ABD RAHMAN |
SENI DAN REKABENTUK |
DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN FABRIK |
|
|||
2 |
KKTM REMBAU |
SITI SARAH ANIS BINTI MOHD SALLEH |
SENI DAN REKABENTUK |
DIPLOMA REKABENTUK FESYEN |
|
|||
3 |
KKTM LENGGONG |
AINA NATASHA BINTI MAHMOOD |
BIOTEKNOLOGI |
DIPLOMA HERBA DAN HASILAN SEMULAJADI (PEMBUATAN) |
|
|||
4 |
KKTM KEMAMAN |
MUHAMMAD ATIQI BIN GHAZALI |
MINYAK DAN GAS |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (MEKANIKAL) |
|
|||
5 |
KKTM SRI GADING |
NURAINI SABIHAH BINTI NIKMAT AW |
AWAM |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN |
|
|||
6 |
IKM SG PETANI |
MUHAMMAD LUTFI BIN FADZIL |
ELEKTRIK |
DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (PENDAWAI PW4) |
|
|||
7 |
KKTM MASJID TANAH |
MUHAMMAD FARID BIN MOHD RAMLAN |
PEMPROSESAN BAHAN |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMPROSESAN SERAMIK |
|
|||
8 |
KKTM PETALING JAYA |
AHMAD SYAHIR BIN KAMARUDIN |
ELEKTRONIK |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING |
|
|||
9 |
KKTM MASJID TANAH |
KHAIRUL ZAKIRIN BIN MUZAM SHAH |
AUTOMOTIF |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG PROGRAM SIJIL SESI JANUARI - JUN 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
IKM KUALA LUMPUR |
MUHAMMAD ASYRAAF BIN NUR AZHAR |
MEKANIKAL PEMBUATAN |
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN |
|
|||
2 |
IKM SIK |
SITI NURHAZIMAYATI ARISHA BT MOHD HADZRUL |
SENI DAN REKABENTUK |
SIJIL REKABENTUK GRAFIK |
|
|||
3 |
IKM JASIN |
MUHAMMAD FIRDAUS BIN WAJAHA |
AUTOMOTIF |
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN TERBAIK PROGRAM DIPLOMA SESI JANUARI - JUN 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
KKTM LENGGONG |
AINA NATASHA BINTI MAHMOOD |
BIOTEKNOLOGI |
DIPLOMA HERBA DAN HASILAN SEMULAJADI (PEMBUATAN) |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG PROGRAM DIPLOMA SESI JULAI - DISEMBER 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
IKM ALOR SETAR |
ABDUL RAHMAN BIN AZIZ |
SENI DAN REKABENTUK |
DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT |
|
|||
2 |
KKTM PASIR MAS |
ZAMIL MUAZAM BIN ABDUL KAHAR |
ELEKTRIK |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) |
|
|||
3 |
KKTM PETALING JAYA |
ALIA ZAFIRAH BINTI AZHAR |
ELEKTRONIK |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING |
|
|||
4 |
KKTM SRI GADING |
MUHAMAD AKMAL BIN AZMI |
AWAM |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN |
|
|||
5 |
KKTM LEDANG |
MUHAMMAD HAKIMI BIN SHAHRUL AZMI |
BIOPERUBATAN |
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (DIAGNOSTIK) |
|
|||
6 |
IKM TSYA |
AHMAD HAZWAN BIN HISHAM |
AUTOMOTIF |
DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF KOMERSIAL |
|
|||
7 |
IKM BINTULU |
AZILA BINTI KAMARJAMAN |
MINYAK DAN GAS |
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM |
|
|||
8 |
KKTM REMBAU |
NUR AZRAEY BIN SAMANAN |
SENI DAN REKABENTUK |
DIPLOMA REKABENTUK MEDIA DIGITAL |
|
|||
9 |
KKTM KUANTAN |
MOHD QAYYUM IMAN BIN SAKRI |
MEKANIKAL PEMBUATAN |
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG PROGRAM SIJIL SESI JULAI - DISEMBER 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
IKM KOTA KINABALU |
JUVERT SOOI |
AUTOMOTIF |
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN |
|
|||
2 |
IKM BESUT |
MOHAMAD HAFIZUDIN BIN MAT LAZIM |
ELEKTRIK |
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DOMESTIK DAN INDUSTRI) |
|
|||
3 |
IKM LUMUT |
RABIATULADAWIYYAH BINTI JAAFAR |
SENI & REKABENTUK |
SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTRI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN TERBAIK PROGRAM DIPLOMA SESI JULAI - DISEMBER 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
KKTM KUANTAN |
MOHD QAYYUM IMAN BIN SAKRI |
MEKANIKAL PEMBUATAN |
DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN |
|
|||
PENERIMA ANUGERAH GRADUAN TERBAIK PROGRAM SIJIL SESI JULAI - DISEMBER 2019 |
||||||||
BIL |
INSTITUSI |
NAMA |
KLUSTER |
PROGRAM |
|
|||
1 |
IKM KOTA KINABALU |
JUVERT SOOI |
AUTOMOTIF |
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN |
|
ANUGERAH KHAS INDUSTRI MKP 2020 |
||||
BIL |
SYARIKAT |
NAMA PENERIMA |
PUSAT |
|
1 |
TWI |
WAN IZZAT HELMI BIN WAN MALIK |
IKM JOHOR BAHRU |
|
2 |
PROTON |
KHAIRUL ZAKIRIN BIN MUZAM SHAH |
KKTM MASJID TANAH |
|
3 |
MTS WORKSKILL SDN BHD |
NUL AIMAN ADLI BIN MAZLAN |
MJII |
|
4 |
MTS WORKSKILL SDN BHD |
MUHAMMAD NAZRIL SAFWAN BIN NORZAINI |
KKTM BALIK PULAU |
|
5 |
GO AUTO SDN. BHD. |
MUHAMMAD KHAIRUL HASSANI BIN ALIAS |
KKTM KUANTAN |
|
ANUGERAH GRADUAN KEUSAHAWANAN CEMERLANG 2020 |
|||
BIL |
SYARIKAT |
NAMA PENERIMA |
PUSAT |
1 |
RAMC GLOBAL VENTURE SDN BHD |
NUR FARIDATUL HAMIZA BINTI HAMIZULRANI |
KKTM SRI GADING |
2 |
MADRID ENGINEERING SDN BHD |
NURULAIN BINTI KHALID |
KKTM SRI GADING |
3 |
SKYVAX HOLDINGS SDN BHD |
ADIB IZZUDDIN BIN ABDUL AZIZ |
IKM JB |
4 |
MARA EXCELLENT VENTURES SDN BHD |
MOHD NORAIMAN BIN YUZI |
IKM KL |
5 |
GLOBAL WIRA |
NUR NI’MAN BIN MOHAMMED NOR |
MJII |
6 |
CD CAR CARE SDN BHD |
AHMAD NAJMI NAIM BIN AHMAD HAMIDI |
IKM TSYA |
7 |
WIRA JUARA PADU |
MOHAMAD EAKI BIN RAZALI |
KKTM PASIR MAS |
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG (AGC) |
||||
SESI JAN-MEI 2019 |
|
|
|
|
BIL |
NAMA |
PUSAT |
KOD NEC |
PROGRAM |
1 |
MUHAMMAD NADZA BIN ROSLAN |
KPMBP |
344 |
DIPLOMA IN ACCOUNTING |
2 |
WAN NURSYAHIRAH BINTI WAN ADZLAN |
KPMSI |
340 |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN BUSINESS AND ICT |
3 |
MUHAMMAD SHAHRUL HAQIM BIN SALEHUDDIN |
KPMBM |
345 |
DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP |
4 |
'AMMAR ADEEB BIN MD ZAKI |
KPMB |
481 |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN COMPUTING AND SYSTEMS DEVELOPMENT |
5 |
MUHAMAD NUR AIMAN BIN OMRAN |
KPMBM |
343 |
DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE |
6 |
SYAHZANI ZUHAYRA BINTI SHAHERAN |
KPMIM |
213 |
DIPLOMA IN CREATIVE DIGITAL MEDIA PRODUCTION |
7 |
NUR YASMIN NABILA BINTI MAZIHAR |
KPMIM |
224 |
DIPLOMA IN ENGLISH COMMUNICATION |
8 |
WAN AIZAT RAZI BIN WAN FAZWARI |
KPMBM |
840 |
DIPLOMA IN INTEGRATED LOGISTIC MANAGEMENT |
SESI JUN-SEPT 2019 |
|
|
|
|
BIL |
NAMA |
PUSAT |
KOD NEC |
PROGRAM |
1 |
NORAINI BINTI MOHAMAD RIDZUAN |
KPMB |
481 |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN COMPUTING AND SYSTEMS DEVELOPMENT |
2 |
MARYAM AS SOFIA BINTI MIOR SHAHRIMAN |
KPMBM |
343 |
DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE |
3 |
AHMAD MUBARAK BIN ADLI |
KPMIM |
213 |
DIPLOMA IN CREATIVE DIGITAL MEDIA PRODUCTION |
4 |
HANI NURAINI BINTI ZAINI |
KPMIM |
224 |
DIPLOMA IN ENGLISH COMMUNICATION |
5 |
KHAIRUNNISA' BINTI KAMARUL BAHARIN |
KPMB |
621 |
DIPLOMA IN AGRO BUSINESS |
6 |
FADLIN SAKINA BINTI AZMAN |
KPMBP |
344 |
DIPLOMA IN ACCOUNTING |
7 |
SAZZIEEQQA AZREN BINTI SAIFUL BAHRI |
KPMAM |
340 |
DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES |
8 |
NUR FATIHAH NAJWA BINTI YAHYA |
KPMBP |
840 |
DIPLOMA IN INTEGRATED LOGISTIC MANAGEMENT |
9 |
ABDULLAH LUQMAN BIN AHMAD MURAD |
KPMAM |
- |
CERTIFIES ACCOUNTING TECHNICIAN |
ANUGERAH GRADUAN TERBAIK (AGT) |
||||
SESI JAN-MEI 2019 |
||||
1 |
WAN NURSYAHIRAH BINTI WAN ADZLAN |
KPMSI |
340 |
HIGHER NATIONAL DIPLOMA IN BUSINESS AND ICT |
SESI JUN-SEPT 2019 |
||||
1 |
HANI NURAINI BINTI ZAINI |
KPMIM |
224 |
DIPLOMA IN ENGLISH COMMUNICATION |
ANUGERAH GRADUAN KEUSAHAWANAN CEMERLANG (AKU) |
||||
SESI JAN-MEI 2019 |
||||
1 |
PIRDYRO SABINUS |
KPMBP |
344 |
DIPLOMA IN ACCOUNTING |
ANUGERAH KHAS INDUSTRI (AKI) |
||||
1 |
MUHAMMAD NADZA BIN ROSLAN |
KPMBP |
344 |
DIPLOMA IN ACCOUNTING |
2 |
ABDULLAH LUQMAN BIN AHMAD MURAD |
KPMAM |
- |
CERTIFIES ACCOUNTING TECHNICIAN |
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my