Thursday, 27 May 2021 03:03

PROJEK INOVASI KKTM KUANTAN ‘COOLER BOX TEMPERATURE DETECTOR’ BERI MANAFAAT PADA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG

10 Februari 2021 – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan telah menghasilkan projek inovasi ‘Cooler Box Temperature Detector’ yang dapat membantu Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang berhubung kaedah pengambilan sampel air.  Majlis penyerahan produk inovasi tersebut telah di sampaikan oleh Ts. Mohd Hazleen Bin Ramli, Pengarah KKTM Kuantan kepada Tuan Hj Mohd Sani Bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang.

‘Cooler Box Temperature Detector’ adalah hasil inovasi pensyarah KKTM Kuantan yang melibatkan kerja-kerja fabrikasi, programming dan ujikaji.  Projek ini menggunakan perisian arduino dilengkapi alat pengesan suhu, SD card module, Pilot Light (Merah, Hijau, Biru), Real Time Clock (RTC) dan rechargable battery.  Bagi mengawal suhu temperature di antara julat 2OC hingga 6OC selepas persempelan dibuat, satu box casing dibuat menggunakan mesin Formiga P110 3d Printer material PA3200GF.

Box ini akan menempatkan alat pengesan suhu dan mematikan suhu yang sekata dapat dikesan. Satu sistem data loging direka khas bagi menyimpan rekod suhu yang setiap 5 minit  dalam memory card. Data ini boleh diakses menggunakan perisisan Excell atau Notepad bagi memudahkan ianya digunakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Pahang meningkatkan penguasaan semasa di mahkamah.

‘Cooler Box Temperature Detector’ merupakan hasil inovasi inventer berikut.  Semoga terus menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dengan penghasilan lebih banyak penciptaan dan inovasi yang berguna dan bermanafaat.

  • Azli Ihsan Bin Yahaya
  • Farizan Bt. Md Nor
  • Syahrul Yusri Bin Romli
  • Ahmad Razlan B. Rashid
  • Muhamad Ammar Firdaus Bin Azmi (Wakil Pelajar DKP)
  • Ghazali (Pegawai JAS)
Last modified on Thursday, 27 May 2021 03:11

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search