Thursday, 27 May 2021 01:54

IKM KOTA KINABALU RANGKUL EMAS PERTANDINGAN EXCOCIPTA 2020

 23  Januari 2021 – Kerjasama pasukan inovasi yang terdiri daripada pensyarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya memenangi pingat EMAS bagi projek ‘Small Farm Fertilizer Spreader’ (SFS) pada  Pertandingan EXCOCIPTA anjuran Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 21-23 Januari 2021. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Sementara itu, ciptaan inovasi ‘Peranti Pengesanan Banjir’ dan  ‘Solar Drive’ hasil ciptaan sepenuhnya pensyarah IKM Kota Kinabalu telah merangkul Pingat Perak dalam pertandingan tersebut.  Selain itu, projek Auto Close Door juga dipertandingkan di dalam pertandingan tersebut.  Keputusan telah diumumkan secara dalam talian melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=p7VoJLjddUY

Berikut merupakan keputusan pertandingan EXCOCIPTA yang dimenangi oleh IKM Kota Kinabalu. 

Pingat Emas

  1. ‘Small Farm Fertilizer Spreader’ (SFS)
  • Encik Affendy bin Hassan, Fakulti Sains dan Sumber Alam
  • Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie
  • Encik Boney Muda
  • Encik Allan bin Yulius
  • Encik Dennis Payar,
  • Encik Awang Ardime bin Awang Maslee
  • Encik Abu Bakar bin Abd Rahman

Pingat Perak

  1. Peranti Pengesan Banjir
  • Mohd Ariffen bin Amirul
  1. Solar Drive
  • Mohmad Ikhwan bin Mat Salleh

Semoga IKM Kota Kinabalu terus berkarya dalam penciptaan lebih banyak inovasi bagi manafaat bersama. Syabas diucapkan.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search