Johor, 30 Oktober 2020 – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Ledang telah merangkul kejayaan besar di dalam pertandingan International Invention and Innovative Competition (InIIC), Series 2/2020. Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian bermula 20 sehingga 29 Oktober 2020 manakala keputusan telah diumumkan pada 30 Oktober 2020.
Di dalam pertandingan ini, KKTM Ledang telah merangkul 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Pertandingan peringkat antarabangsa ini disertai oleh 109 kumpulan dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat. Terdapat 3 kategori utama pertandingan iaitu “Professional”, “Higher Institution Students” dan “School Students”.
KKTM Ledang telah menghantar projek-projek dalam kategori “Higher Institution Students” yang merupakan projek-projek terbaik dan telahpun memenangi pertandingan ICEBEE 2020 anjuran KKTM Ledang.
Projek “Medicine Fluid Level Indicator Using IOT System” yang diketuai oleh En. Sallehuddin Bin Bachok @ Tunderang dan projek “Orthodontics Indices Digital Analysis Systems” yang diketuai oleh En. Muhamad Nurhadi Bin Salleh telah mengungguli senarai pemenang dari KKTM Ledang kerana berjaya merangkul pingat emas.
Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberi semangat kepada para pensyarah untuk terus berinovasi di dalam menghasilkan produk-produk baharu. Ini sekali gus dapat mengharumkan nama TVET MARA di Malaysia.
Berikut merupakan senarai nama peserta yang mewakili KKTM Ledang di dalam pertandingan tersebut.
- Nor Azurah Binti Baharom
- Nik Firdaus Bin Nik Mahmud
- Wan Mohd Shukri Bin Wan Salleh
- Zulkarnain Bin Shaharudin
- Dr Nazrul Hamizi Bin Adnan
- Mohamed Fadzli Bin Ismail
- Sallehuddin Bin Bachok@Tunderang
- Muhammad Nurhadi Bin Salleh
- Raja Mohd Aizat Bin Raja Izaham
- Zahari Bin Hassan
Keputusan Pertandingan Inovasi INIIC 2020 GOLD: 1) Medicine Fluid Level Indicator Using IOT System Penyelia: Sallehuddin Bin Bachok @ Tunderang Peserta: Mohammad Haikal Bin A Rahman Muhammad Irfaan Bin Zaifuddin
2) Orthodontics Indices Digital Analysis Systems Penyelia: Muhamad Nurhadi Bin Salleh Peserta: Muhammad Ainuddin Amrie Bin Saharuddin Muhammad Ashraf Hasnun Bin Mohd Muni Mohammad Ikhwan Bin Kamin ---------------------------------------------------------------------------------- SILVER: 1) Smartwatch Gas Detector for Industrial Workers Penyelia: Zulkarnain Bin Shaharudin Peserta: Muhammad Akmal Hakim Bin Zainal Muhamad Haziq Fikri Bin Abdul Rahman 2) Non-Invasive Bacteria Detector Penyelia: Raja Mohd Aizat Bin Raja Izaham Peserta: Nur Alia Amira Binti Amran Nurul Natasya Binti Mohammed Fazian 3) Drowsiness Driver Detection using Rasberry Pi Penyelia: Wan Mohd Shukri Bin Wan Salleh Peserta: Farees Izzuddeen Bin Ahmad Fahmie Muhd Syabil Aniq Bin Sahrul Amri 4) Transroller Walker with Alarm Control Penyelia: Zahari Bin Hasan Peserta: Wan Noor Sharmiela Binti Wan Apandi Wan Nur Hanisah Binti Wan Mustafa -------------------------------------------------------------- BRONZE: 1) IOT Based Heart Attack Detection using Wristband Penyelia: Nor Azurah Binti Baharom Peserta: Anis Nabila Binti Mohd Tahir Nur Khalijah Binti Abdul Khalid Muhammad Aiman Fahmi Bin Karini 2) A Portable Colour Sensor Based Urine Strip Detector System for Specific Organ Disease Analysis Penyelia: Nik Firdaus Bin Nik Mahmod Peserta: Siti Nurfaizah Binti Badaruddin Nasyiah Muna Binti Zulkufly 3) Exoskeleton for Legs Rehabilitation Penyelia: Dr Nazrul Hamizi Bin Adnan Peserta: Mohamad Aqif Adam Bin Ahmad Ozmin Aiman Hakim Bin Mohd Said 4) Padestrian Lamp using Kinetic Energy (Footstep) and Piezoelectric Penyelia: Mohamed Fadzli bin Ismail Peserta: Muhammad Najmi Bin Mahadi Hafiy Munirah Binti Jailani |