Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu telah merangkul pingat Perak dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation dan Technology (IPITEX) di Bangna, Bangkok,Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020.
IPITEX 2020 merupakan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang mana peserta turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru, inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan.
Pertandingan ini merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai produk KKTM/IKM/MJII. Semoga TVET MARA di KKTM, MJII dan IKM terus cemerlang di persada antarabangsa.
Pusat : KKTM PJ
Pingat : Perak
Produk : Smart Building and Utilities System Using Middleware Platform
Pusat : IKM Bintulu
Pingat : Perak
Produk : Pyrolysis From Plastic Waste to Petroleum Product