Wednesday, 28 April 2021 06:52

KKTM KUANTAN REKA DAN SUMBANG ‘FACE SHIELD’ UNTUK ‘FRONTLINER’ PERUBATAN DALAM MENDEPANI KRISIS COVID-19

Prihatin terhadap frontliner negara dalam mendepani krisis covic-19, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan, Pahang berjaya menghasilkan ‘face shield’ berkualiti tinggi  dengan menggunakan teknologi dan kepakaran dalaman institusi tersebut.  Sumbangan ini adalah bagi memenuhi keperluan ‘Personal Protective Equipment (PPE)’ yang sangat kekurangan di kebanyakan hospital-hospital terlibat di seluruh Malaysia bagi menangani wabak COVID-19.

Berbekalkan kepakaran, pengalaman dan teknologi tinggi berkaitan ‘Additive Manufacturing’ serta semangat untuk membantu negara mendepani krisis ini, sepasukan projek ‘Face Shield COVID-19’ AMRIC KKTM Kuantan telah ditubuh dan hasilnya sebanyak 50 unit ‘face shield’ telah disumbangkan kepada beberapa buah hospital seluruh Malaysia iaitu Hospital Tengku Afuan Afzan, Hospital Putrajaya, Hospital Melaka, Hospital Taiping dan Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Lebih membanggakan, ‘face shield’ yang dihasilkan ini adalah ‘UV sterilization’ dan boleh tahan suhu sehingga 160C. Ini menunjukkan bahawa produk ini amat berkualiti dan boleh diguna semula. Dengan rekabentuk yang ‘flexsible’ seperti skaf ia menjadikan pemakai lebih selesa.  Tambahan lagi, ‘face shield’ ini hanya seberat 11 gram bagi satu unit. Selain itu, penghasilannya menggunakan bahan khas PA2201 dari German dan mempunyai ciri biocompatible yang amat sesuai  untuk kegunaan manusia. Ini amat berbeza dengan yang ada dipasaran.

Keseluruhan pembuatan produk ini secara purata mengambil masa kira-kira 1 jam untuk menyiapkan 1 unit lengkap ‘Face Shield’. Tempoh masa ini bagaimanapun boleh ditambah baik dengan mengoptimumkan ruang yang ada di dalam bekas percetakan 3D mesin ‘Selective Laser Sintering (SLS)’ di masa akan datang.

Potongan simple & menarik’ merupakan maklumbalas yang diterima daripada pengguna ‘face shield’ rekaan KKTM Kuantan ini menjadikan pasukan yang terdiri daripada 8 pensyarah ini lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak ‘face shield’ dalam masa terdekat dalam usaha membantu negara menghadapi saat getir ini.

Pasukan ‘Face Shield COVID-19’ AMRIC KKTM Kuantan terdiri daripada;

  1. Iswadi Bin Ahmad
  2. Mohd Nazrul Ikram Bin Mohd Atan
  3. Khairul Ihsan bin Yacob
  4. Mohd Hafiz Bin Rodzi
  5. Nur Ezrin Binti Mad Sariff
  6. Kamarul Ariffin bin Mohammad
  7. Mazrul Akmal Bin Mustapha
  8. Muhammad Shakir Bin Mat Nawi

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search