Wednesday, 28 April 2021 06:47

SUMBANGAN TEKNOLOGI, KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN PASUKAN KKTM REMBAU BAGI PENGHASILAN PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT [PPE] DAN FACE SHIELD BAGI KEGUNAAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT [PPE] PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT [PPE]

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau bersama alumni KKTM Rembau, MARA Negeri Sembilan dan Kemas menghasilkan Personal Protective Equipment (PPE) yang merupakan projek CSR dalam membantu para barisan hadapan berdepan dengan pandemik COVID’19.

Perlaksanaan projek CSR ini adalah khusus buat Institut Kanser Negara (IKN, Putrajaya) yang bermula dengan sumbangan KKTM Rembau memotong PPE sebanyak 2000m secara manual yang menjadikan kepada 670 helai bagi set lengkap PPE yang berukuran lbh kurang 3m setiap satunya.

Penghasilan 10 set potongan lengkap PPE (yang merangkumi Hood, Dress dan Shoes cover) serta pola telah dihasilkan sebagai ‘sample’ utama bagi kerja-kerja pengagihan tugas kepada ALUMNI KKTM Rembau sendiri, KEMAS serta orang perseorangan untuk menyumbang kepakaran mereka dalam waktu getir ini.

Untuk projek penyediaan 670 set PPE Institut Kanser Negara ini melibatkan seramai 29 orang tukang jahit serta pembantu yang terdiri dari 15 orang pensyarah serta kakitangan sukarelawan KKTM Rembau, 6 orang alumni KKTM Rembau di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor termasuk pereka fesyen yang sedang menempa nama dan pernah berada di pentas fesyen Antarabangsa di London, Wan & Mary. 8 orang guru KEMAS serta Pn. Devi yang tinggal di Semenyih, Selangor turut menyumbang kepakaran serta kemudahan mesin jahitan yang mereka miliki.

Projek CSR kedua oleh KKTM Rembau ini adalah menjahit PPE sebanyak 300 helai merangkumi (hood dan shoes cover) bagi Klinik Kesihatan Rembau yang lebih memfokuskan kepada pengambilan ‘sample’ bagi ujian saringan COVID’19 di peringkat daerah Rembau. Bagi projek CSR bersama Klinik Kesihatan Rembau ini melibatkan semua sukarelawan yang terdiri daripada para pensyarah serta kakitangan KKTM Rembau. Kesemua projek yang mereka laksanakan ini secara sukarela dan tiada sebarang bayaran yang diberikan.

Ketiga, merupakan projek CSR bagi Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia sebanyak 50 helai kelengkapan lengkap PPE (yang merangkumi Hood, Dress dan Shoes cover). Selain dari projek yang dinyatakan tersebut, senarai projek yang sedang diteliti dan diatur corak pengagihan kerjanya dalam tempoh seminggu ini merupakan klien dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan [JAINS] bagi Baju Pengkebumian Pesakit COVID’19, Kelengkapan lengkap PPE bagi para petugas barisan hadapan Hospital Port Dickson, Hospital Rembau, Klinik Kesihatan Negeri Sembilan serta Baiduri Clinic Group.

DIY FACE SHIELD & 3D FACE SHIELD

KKTM Rembau telah menyumbangkan sebanyak 1497 unit Face Shield dengan menggunakan 3D printer yang terdapat di institusi tersebut.  Sumbangan face shield ini telah dihantar ke Hospital-hospital dan klinik sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. 

Berikut merupakan hospital serta klinik terlibat iaitu PRO Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) KLANG, Unit Kecemasan HTAR Klang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Unit Pensterilan HTAR Klang (100pcs), Hospital Alor Gajah, Klinik Kesihatan Machap, Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Klinik Kesihatan Rembia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Kesihatan Tengkera, Klinik Kesihatan Pulau Sebang, Klinik Kesihatan Alor Gajah, Hospital Alor Gajah, Hospital Tuanku Jaafar, Unit Haemodialisis, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Unit Pensterilan HTAR Klang, Klinik Kesihatan sekitar Klang, Selangor.

Semasa perlaksanaan kerja sukarela ini, pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sentiasa dipatuhi dengan memastikan langkah-langkah pencegahan COVID’19 diamalkan seperti penggunaan face mask, sanitizer dan social distancing dijaga sepanjang kerja-kerja CSR ini berjalan.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search