Wednesday, 28 April 2021 05:51

31st INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2020

21 November 2020 – Meneruskan legasi kecemerlangan di dalam pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa, TVET MARA yang diwakili oleh Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Seberang Perai Utara dan Besut telah merangkul 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa dalam pertandingan 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020 serta Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) yang berlangsung pada 20-22 November 2020 secara virtual competition. Senarai pemenang telah diumumkan pada 21 November 2020.

31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020 merupakan pertandingan peringkat antarabangsa  yang dianjurkan oleh C.I.S Network Sdn. Bhd.  Pada tahun ini sebanyak 46 buah negara seluruh dunia telah mengambil bahagian. 

ITEX 2020 adalah pertandingan inovasi, kreativiti produk dan penemuan secara kajian yang melibatkan pelbagai platform bidang seperti bidang akademik atau bukan akademik, pelajar dari institusi pendidikan tinggi, industrial, sekolah menengah atau sekolah rendah dalam pelbagai bidang. Dalam pertandingan ini, IKM Bintulu telah menyertai bagi Kategori AYIE (pelajar institusi kemahiran), IKM SPU bagi Kategori Invention dan IKM Besut- Kategori Invention.

Objektif pertandingan adalah untuk menjana idea inovasi dan kreativiti yang meluaskan perhubungan antara pereka antarabangsa dan pereka tempatan selain daripada perhubungan dengan industri yang sejajar dengan teknologi terkini.

Pertandingan peringkat antarabangsa ini merupakan satu platform pereka antarabangsa memasarkan idea baru melalui peluang yang disediakan. Pertandingan pada tahun ini adalah pertama kali dikendalikan secara maya (online).

KEPUTUSAN PENUH

ITEX 2020

 

 

BIL.

 

Kategori

 

Pingat

 

Pusat

 

Nama Produk

 

Inventor

 

 

1)

 

AYIE

 

EMAS

 

IKM

BINTULU

 

PYROFUEL

 

NUR ATHIRAH BINTI YAHA

 

 

2)

 

AYIE

 

PERAK

 

IKM BINTULU

 

ELECTRONIC ARM FOR WELDERS (EAFOW)

 

FATIN NISRAINA AIYUNI BINTI SOPIAN

 

3)

 

INVENTION

 

PERAK

 

IKM

SPU

 

WIND FROM AIR CONDITIONING AS RENEWABLE ENERGY

 

SHAMSUL BIN MOHAD

MOHD SHAFIE BIN ABD GHANI

 

 

4)

 

INVENTION

 

GANGSA

 

IKM

BESUT

 

GENERATOR FUEL SAVER AND GREEN ENERGY POWER

 

ZUBAIRI BIN MAT ZIN

MUHAMMAD IKHWAN BIN JAMALUDIN

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search