Wednesday, 28 April 2021 03:21

BANGKOK INTERNATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY, INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY (IPITEX) 2020 PERINGKAT ANTARABANGSA

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu telah merangkul pingat Perak dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation dan Technology (IPITEX) di Bangna, Bangkok,Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020.

IPITEX 2020 merupakan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa  yang mana peserta turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru, inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan.

Pertandingan ini merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai produk KKTM/IKM/MJII. Semoga TVET MARA di KKTM, MJII dan IKM terus cemerlang di persada antarabangsa dan menjadi pemangkin.

KEPUTUSAN PENUH IPITEX 2020  

Bil. Nama Produk Nama Inventor Pingat Institusi
1. Smart Building and Utilities System Using Middleware Hasrulnizam bin Hashim Perak KKTM PJ
2. Pyrolysis: From Plastic Waste to Petroleum Product Safwan Hafizi bin Masokhah Perak IKM Bintulu

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search