Wednesday, 28 April 2021 02:56

KKTM KUANTAN RANGKUL EMAS DALAM INNOVATION PRODUCTIVITY EXPOSURE (IPEX 2020)

Pahang, 25 November 2020 - KKTM Kuantan telah berjaya merangkul Emas dan ‘Most Innovative Project’ melalui Projek ‘Flexsilk’ dalam Pertandingan Innovation Productivity Exposure (IPEX 2020).   Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian pada 17 hingga 20 November 2020 manakala keputusan telah diumumkan pada 25 November 2020.

Pertandingan peringkat Kebangsaan ini telah disertai oleh lebih 200 kumpulan dari seluruh negara. Terdapat 2 kategori utama pertandingan ini iaitu individu dan kumpulan.

KKTM Kuantan yang diketuai oleh Ts. Mohd Firdaus Mohd Noh, manakala Encik Mohd Shakir bin Mat Nawi, Encik Saiful Bahari bin Hamzah dan Encik Ahmad Razelan sebagai ahli kumpulan  telah mengungguli senarai pemenang dalam pertandingan tersebut. 

Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua di dalam menghasilkan lebih banyak projek yang berinovasi di samping memartabatkan pendidikan dan latihan TVET. 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search