Monday, 12 July 2021 01:38

INOVASI ePPS IKML RANGKUL ANUGERAH BESAR 3RD KELANTAN INTERNATIONAL LEARNING & INNOVATION EXHIBITION 2021

29 Jun 2021 – Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut menang besar dalam Pertandingan 3rd Kelantan International Learning & Innovation Exhibition 2021. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Professor Dr Roziah Mohd Janor, Deputy Vice-Chancellor (Academic & International) Universiti Teknologi MARA (UiTM). Anugerah telah diumumkan secara atas talian melalui YouTube platform Kiliex 2021 Digital Edition Award Ceremony.

Inovasi aplikasi mobile e-Sistem electronic Pusat Pembelajaran Sumber IKM Lumut (ePPS IKML) yang dibangunkan oleh tenaga pengajar Program Teknologi Komputer (Big Data) telah memenangi 2 (dua) anugerah iaitu Gold Award dan Top Five Award bagi kategori Science & Technology di bawah Pengajian Tinggi.

ePPS IKML merupakan mobile application yang memberi kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan IKML untuk membuat pinjaman buku di pusat sumber IKM Lumut. Di samping itu, para pelajar juga boleh membaca menerusi ebook yang terdapat di dalam aplikasi ini. Sistem ini amat bersesuaian sekali dengan penekanan kerajaan ke arah Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan dikala pandemik Covid-19 ini.

Susulan daripada penularan wabak Covid-19, kaedah penilaian dilaksanakan secara maya dan peserta perlu menyediakan video, laporan projek inovasi dan poster bagi memenuhi penilaian oleh para panel.

ePPS merupakan inovasi tenaga pengajar berikut:

a. Najuwa binti Abd Latip

b. Fadlina binti Sulaiman

c. Wan Ahmad Danial bin Ruznan

d. Mohd Shukri bin Mohamad Husin

e. Azira binti Abdul Razak

f. Mus’af Amir Akhnaf bin Mohd Yusuf

Tahniah kepada IKM Lumut. Semoga terus memberi inspirasi kepada TVET MARA yang lain.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search