Wednesday, 17 October 2018 01:34

APLIKASI PEMBELAJARAN TVET DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

SELANGOR, 16 Oktober – Pengajaran dan pembelajaran TVET di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) menfokuskan kaedah praktikal bagi memastikan pelajar menguasai bidang kemahiran selaras dengan permintaan industri dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Persediaan hands on oleh pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan adalah salah satu inisiatif latihan praktikal yang dapat membantu mereka bersiap sedia menempuhi alam pekerjaan terutamanya dalam bidang kemahiran.

Antaranya adalah menerusi penganjuran MJII, Robofighto Competition 2018 yang akan diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2018 yang bertujuan memupuk kreativiti dan inovasi bukan sahaja dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa), malah kepada seluruh pelajar kejuruteraan dan teknikal.

Pertandingan yang berkonsepkan robot tempur (combat robot) ini terbuka kepada IPMa , institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta, institusi latihan kemahiran awam serta kelab-kelab robotik persendirian.

KKTM, MJII dan IKM merupakan antara penyumbang terbesar di bawah laluan TVET MARA yang mana kini terdapat 10 kampus KKTM, 1 kampus MJII dan 14 kampus IKM di seluruh negara dengan menawarkan pelbagai kursus di peringkat arus perdana Diploma dan Sijil.

TVET MARA juga telah mengorak langkah di dalam memperkasakan TVET sebagai pilihan utama dengan menawarkan program kompeten dan teknousahawan di peringkat Diploma.

Read 82 times

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search